Penyanyi popular era 80-an, Datuk Nassier Wahab dimasukkan ke hospital di ibu kota untuk membuang kelenjar dan ketumbuhan di leher kirinya selepas dua bulan menanggung derita.

Nassier, 55, berkata, dia bersyukur kelenjar dan ketumbuhan selamat dibuang dalam pembedahan pada pagi semalam.

Khabar itu turut dikongsikan Nassier menerusi akaun Instagramnya hari ini.

"Syukur pembedahan semuanya berjalan lancar dan selamat di bawah pengawasan doktor pakar. Tinggal untuk berehat sahaja dan kembali aktif meneruskan kehidupan.

“Saya menahan sakit lebih kurang dua bulan selepas menjalani pembedahan gigi. Mungkin kuman atau implikasi daripada pembedahan yang terbentuk menjadi kelenjar dan ketumbuhan.

“Dalam tiga hari lagi saya dibenarkan keluar hospital,” katanya.

Nassier yang popular dengan lagu Memori Cinta Luka itu dinasihatkan oleh doktor untuk berehat selama seminggu dan hanya akan kembali meneruskan aktiviti seni seperti biasa selepas mendapat kebenaran doktor.

Syukur Alhamdulilah pembedahan semuanya berjalan lancar dan selamat dibawah pengawasan Doktor pakar. Tinggal untuk berehat sahaja dan kembali aktif meneruskan kehidupan. Terima kasih diatas doa-doa kalian #nassierwahab #aliffnwp #datonassierwahab #nassierwahabfc #nassierwahabproduction #nassierwahabcollection #teamaliffnwp #aliffnwpcollection #teamnassierwahab #team_nwp #tentangcinta #duniacinta #sajakcinta #cemburu #sudahkutahu

A post shared by Nassier Wahab - DNW (@nassierwahab) on

Bersama Doktor Pakar Dr. Rashidi yg senantiasa mengawasi perkembangan dan pembedahan yg dijalankan...tkasih atas sikap prihatinan dan sentiasa ambil berat tentang masaalah yg dihadapi... #nassierwahab #aliffnwp #datonassierwahab #nassierwahabfc #nassierwahabproduction #nassierwahabcollection #teamaliffnwp #aliffnwpcollection #teamnassierwahab #team_nwp #tentangcinta #duniacinta #sajakcinta #cemburu #sudahkutahu

A post shared by Nassier Wahab - DNW (@nassierwahab) on



Sumber: Utusan Online