Pelakon dan pengacara Sherry Alhadad mengakui ada impian untuk mempunyai keluarganya sendiri sama seperti wanita lain.

Menurut Sherry, 34, dia mahu meneruskan legasi keluarga dan mempunyai anak sendiri namun menyerahkan perkara itu kepada jodoh yang akan ditentukan.

"Alhamdulillah saya bersyukur dengan kehidupan sekarang ini namun tipu kalau saya katakan tidak menyimpan angan-angan untuk mendirikan rumah tangga.

"Saya juga sama seperti wanita lain yang ada impian nak kahwin dan bina keluarga kecil sendiri bersama suami serta ada anak kalau ada rezeki.

"Saya nak juga meneruskan legasi keluarga dan melihat kerenah anak-anak membesar.

"Setiap kali menghadiri majlis orang mesti saya akan rasa sedih dan menanyakan pada diri sendiri bila pula giliran saya untuk berkahwin.

"Namun perkara itu saya serahkan pada jodoh yang ditentukan jika masanya tiba mungkin saya akan berkahwin," katanya kepada Astro Gempak.

Sherry berkata demikian ketika ditemui pada majlis ramah mesra bersama peminat di Butik Asyikin Exclusive di Setapak Central Mall, Kuala Lumpur, baru-baru ini.