Pemain dram popular, Yazid Ahmad masih aktif bekerja untuk mencari duit demi menampung kos rawatan sebanyak RM3,000 sebulan.
Jelasnya, dia tidak boleh hanya bergantung pada orang lain termasuk persatuan hiburan untuk membantunya.
"Persatuan hanya boleh tolong sekali, lepas tu masuk dua dan tiga kali mereka juga tiada duit," katanya kepada Astro Gempak.
Bekas anggota Search ini masih kelihatan gagah untuk berjalan dan berselera makan meskipun masih meneruskan rawatan dialisis pada setiap minggu.
"Banyak kos diperlukan untuk dialisis, ubat dan vitamin. Kadang-kadang masuk hospital apabila kurang vitamin," katanya.
Bagi memastikan kesihatan bertambah baik, dia perlu menjalani rawatan dialisis tiga kali seminggu di hospital swasta.
"Rawatan di Hospital Kuala Lumpur hanya pada peringkat awal. Selepas itu mereka 'tolak' saya suruh cari sendiri, mereka tak boleh tanggung sebab ramai lagi pesakit yang datang.
"Mereka hanya ada 20 mesin jadi ramai pesakit lain yang menunggu. Mereka bagi surat untuk pergi cari sendiri seperti ke hospital swasta," katanya.
Tambahnya, dia ada berusaha mendapatkan bantuan daripada pihak lain seperti Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) tetapi mengakui jumlah yang diterima masih belum mencukupi untuk menampung kos rawatan bulanannya.
Yazid yang sudah menjalani rawatan dialisis sejak 10 tahun lalu menyatakan keadaan dirinya kini bertambah baik.
"Sekarang fikir nak cari duit saja dengan kudrat yang ada, hanya muzik yang mampu saya buat," katanya.
Jelasnya, dia terpaksa terus bermain dram dengan kumpulan muzik artis lain termasuk mengadakan klinik dram dan menghadirkan diri dalam program bual bicara untuk mendapatkan duit.
Pemuzik berusia 56 tahun ini juga berpandangan industri muzik tempatan ketika ini semakin 'mati'.
"Kita nak salahkan sesiapa pun tak tau. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) juga membantu menerusi program mereka sekurangnya membantu artis seperti saya bak kata pepatah tak dapat isi, dapat kuah pun jadilah," katanya.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
Foto: Astro Gempak
Elrafaei Sapi
Thu Apr 12 2018
Netizen Samakan Ruhainies Dengan Karakter Jung Soo Min Dalam Drama ‘Marry My Husband’ - “Perangai Sebiji La Macam Dia Ini”
Alamak...
Gempak Most Wanted Perkenalkan Anugerah Wonda Coffee Keluang Man Of The Month! Jom Calonkan Hero Pilihan Korang Sekarang
Selain 11 kategori yang sedia ada dalam Gempak Most Wanted, satu kategori baharu diperkenalkan iaitu Wonda Coffee Keluang Man Of The Month!
Khunsa: Wan Jusoh Belum Mati, Cik Ton Jadi Hantu, Ahmad Anak Midah, Naem Anak Cik Nisa... Teori Mana Paling Tepat & Tak Masuk Akal?
Khunsa akan melabuhkan tirai pada minggu ini.
Kongsi Quote Tentang Pendosa, Posting Instagram Stories Aisyah Aziz Untuk Siapa?
Adik kepada penyanyi Aliff Aziz, Aisyah Aziz baru-baru ini memuat naik hantaran di Instagram Stories tentang kata-kata berkaitan pendosa yang diambil dari Imam Shafi’i. Menerusi hantaran itu, ‘quote’ tersebut menitipkan pesanan tentang bagaimana seorang manusia yang sering berbuat dosa sepatutnya dimaafkan dan tidak sepatutnya dibence. “Sentias
Caprice Bakal Dedah Bukti-Bukti Bagi Isu Yang Tidak Dinyatakan Di Telegram Malam Ini
Pencipta kandungan dan selebriti media sosial, Caprice memuat naik satu hantaran di media sosial mengenai perancangannya untuk melakukan pendedahan berserta bukti berkaitan satu isu pada malam ini.
Lawak Atau Koyak S2 | Fahimi jadi Angau, Kecik jadi bangang.
Penatlah Fahimi Rahmat nak layan Kecik dengan soalan bangang dia tu. Pening dia nak jawab. Layan video ni sampai habis okay. Video #LawakAtauKoyak di gempak.com/zon-lawak & youtube Astro Gempak.
#LawakAtauKoyak
#masaanugerahterindah #Angau #AngauRaya
#LawakAtauKoyak
#masaanugerahterindah #Angau #AngauRaya
Dakwa Caprice Berniat Jahat, Pembantu Peribadi Bella Astillah Dedah Cerita Sebenar Mengenai Tiket Penerbangan
Pembantu peribadi Bella pula tampil bersuara.
Ini Sebab Kenapa Majlis Pernikahan Syasya Rizal Diadakan Secara Tertutup
Anggota kumpulan DOLLA iaitu Sabronzo, Tabby dan Angel mengakui masih lagi berhubung baik dengan Syasya.
Ieda Moin anak tak dapat keluar lokap | YES TUAN EP 1
Sketsa lucu masalah yang berlaku di balai polis planet Zuhal. Macam-macam ragam terjadi bila nak sambut raya. Layan sketsa lucu oleh Shuk Sahar, Danial Zaini & Nizam Jentik-Jentik bersama tetamu undangan.
Video lucu di website gempak.com/zon-lawak
Video lucu di website gempak.com/zon-lawak
Lelaki Serang Kamal Adli Mengaku Bersalah, Dihukum Penjara Selama 2 Tahun
Lelaki yang menyerang pelakon, Kamal Adli menggunakan belantan di Singapore Expo pada Mac tahun lepas, dijatuhkan hukuman penjara dua tahun, empat bulan dan dua minggu oleh mahkamah Singapura pada Khamis. Tertuduh yang dikenali sebagai Muhammad Nabil Rashid, 34, yang juga warga Singapura pada 31 Januari lalu mengaku bersalah atas satu pertuduhan