Cerita mengenai makhluk halus, hantu dan jin sentiasa menjadi topik hangat malah, jika difilemkan pun akan dapat kutipan pecah panggung.
Walaupun ramai mengatakan tidak pernah bertemu makhluk halus, ramai pula yang menempuh pengalaman yang menggerunkan itu.
Mendengar ceritanya saja mungkin membuatkan kita rasa seram dan ketakutan, apatah lagi jika merasakan kehadiran makhluk ghaib tersebut di sekitar kita.
Berikut Astro Gempak kongsikan tanda-tanda kewujudan makhluk halus di sekeliling kita:
1. Tiba-tiba rasa ada 'orang' lain bersama kita.
Pernah tak korang rasa seperti sedang diperhatikan atau macam ada orang lain dekat dengan korang, sedangkan waktu itu korang bersendirian? Faktanya, manusia adalah makhluk yang memiliki energi atau tenaga. Energi ini dapat mengesan energi lain yang hadir di sekitarnya.
2. Bulu roma meremang atau menegak
Kadang-kadang kita mendadak merasa bulu roma di tengkuk atau tangan menegak ke atas atau meremang. Ini biasa disebut dengan istilah merinding. Hal ini terjadi secara tiba-tiba dan pada waktu yang sama, kita pun mulai rasa pelik, cemas atau takut.
3. Ketukan
Jika kita tiba-tiba mendengar ketukan dipintu atau dinding bilik atau dinding rumah, itulah antara tanda 'popular' makhluk halus cuba berinteraksi dengan kita. Ketukan nampaknya menjadi bentuk paling umum adanya komunikasi antara manusia dengan roh. Makhluk halus melakukan itu untuk mendapatkan perhatian manusia dan sekaligus mungkin untuk menakutkan mereka.
4. Dengar orang panggil nama kita
Kadang-kadang kita perasan macam seseorang memanggil nama kita dan suara itu seolah-olah di tepi telinga kita. Suaranya mungkin sekadar berbisik tetapi sangat jelas. Sebenarnya itulah ketikanya makhluk halus sedang berusaha menyapa kita.
5. Bau aneh atau asing
Jika hidung kita tiba-tiba tercium bau aneh atau asing, samada bau itu harum atau busuk, itu ertinya makhluk halus itu sedang sangat dekat dengan kita.
6. Mendengar suara, bunyi aneh atau seperti bergaduh
Kita akan mendengar suara-suara aneh atau gaduh atau riuh rendah seolah ramai manusia di tempat tersebut. Tapi bila kita pergi jenguk, tak ada sesiapa di situ. Bunyi aneh yang sering dikaitkan dengan kewujudan jin di tempat tinggal kita ialah bunyi tapak kaki, guli atau pasir bertaburan, benda terjatuh dan ketukan pintu.
Sumber di atas adalah perkongsian dari blog http://suaramuhajirin313.blogspot.my. Sejauh mana kebenarannya, Wallahualam.
Apa-apa pun jika ada percaya kepada kewujudan saka atau pernah berdepan dan diganggu makhluk halus, apa kata anda berkongsi pengalaman tersebut dengan menonton filem terbaru terbitan Astro Shaw, Aliff Dalam 7 Dimensi.
Bakal menghantui pawagam di seluruh Malaysia 8 September nanti, filem arahan Faisal Ishak ini dibarisi pelakon hebat seperti Juliana Evans, Aliff Satar, Kaka Azraff, Izzue Islam, Hasnol Rahmat dan ramai lagi.
Ahmad Shah
Tue Aug 30 2016
Awie Kini Bergelar Pengarah Filem Aksi - “Ini Satu Tanggungjawab Yang Besar”
Datuk Awie kini diberi peranan sebagai pengarah bagi filem aksi berjudul REBEL: Berontak Untuk Berotak.
Yayasan Nurjiwa & Yayasan Prihatin Berkolaborasi Menyantuni Anak Yatim, Ibu Tunggal & Penggiat Seni
Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Prihatin Nasional, Datuk Aizuddin Ghazali menzahirkan perasaan bersyukur dan sangat berbesar hati atas kepercayaan yang diberikan oleh Yayasan Nurjiwa kepada Yayasan Prihatin Nasional untuk menjalinkan kerjasama strategik ini.
Maryam Durian Kimchi Biasakan Ajar Anak Berdikari - “Dia Jatuh Saya Biarkan Sahaja, Lepastu Tanya Gwenchana?”
Pempengaruh media sosial, Maryam Durian Kimchi mendedahkan yang dia mendidik anaknya Rina Diana supaya berdikari walaupun usia anaknya itu baru mencecah dua tahun.
Fazura & Fattah Enjoy Melatih Fatima Berlakon Pertama Kali | #SinggahSet
Cik Bam sempat menemubual Fazura tentangn perkembangan drama terbaharu mereka, #HeroSeorangCinderella2 di lokasi penggambaran. Jom strim sampai habis!
Kalau korang nak layan lagi moment-moment panas yang terjadi di set drama, korang boleh saksikan #SinggahSet setiap Jumaat, 5:00 petang di www.gempak.com! Confirm panas!
Saksikan #HeroSeorangCinderella2, Setiap AHAD, 9 MALAM di Astro Ria dan Strim Astro GO
Bersama dengan Nur Fazura, Fattah Amin, Nur Fatima Aisya, Isyariana, Erysha Emyra, Evertts Gomes, Faha Azhar & pelakon-pelakon hebat yang lain..
#AstroBaharu #HeroSeorangCinderella2 #HSC2
#AstroBaharu #TakMacamDulu
#BamBamStudios #MasaBersama #MerapatkanKita
Kalau korang nak layan lagi moment-moment panas yang terjadi di set drama, korang boleh saksikan #SinggahSet setiap Jumaat, 5:00 petang di www.gempak.com! Confirm panas!
Saksikan #HeroSeorangCinderella2, Setiap AHAD, 9 MALAM di Astro Ria dan Strim Astro GO
Bersama dengan Nur Fazura, Fattah Amin, Nur Fatima Aisya, Isyariana, Erysha Emyra, Evertts Gomes, Faha Azhar & pelakon-pelakon hebat yang lain..
#AstroBaharu #HeroSeorangCinderella2 #HSC2
#AstroBaharu #TakMacamDulu
#BamBamStudios #MasaBersama #MerapatkanKita
Miliki Kereta Pertama, Ramai Puji Amir Jahari Tak Beli Jenama Mewah - “Sederhana Itu Nyaman”
Tahniah Amir.
Individu Hisap Rokok Dalam Premis Makanan Tunjuk Samseng Bila Ditegur - “Dah Lah Salah, Angkat Jari Bagai..”
Sepotong video merakamkan seorang individu dipercayai merokok dalam sebuah premis makanan berjaya menarik perhatian netizen.
Netizen Serkap Jarang Tuduh Peminat Nadhir Nasar Sebagai Terlalu Obses, Ini Respons Tuan Punya Badan
Mengakui ia bukanlah hal yang besar, Nadhir berkata, dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan video tersebut.
Ruhainies Kongsi Kisah Sebenar Video Di Lapangan Terbang - "Dunia Ni Dah Terlalu Tenat & Penuh Dengan Fitnah"
Ruhainies tampil memberi penjelasan mengenai cerita sebenar di sebalik video berkenaan.
Selepas Tular Video Minta Job, Datuk Red Kini Jadi ‘Model’ Baju Raya Jakel!
Usahawan kontroversi, Datuk Red berjaya menarik perhatian ramai baru-baru ini apabila dipilih menjadi model baju raya bagi jenama tekstil popular, Jakel.
Ruhainies & Aliff Aziz Dirakam Berada Di Lapangan Terbang
Selepas beberapa ketika mendiamkan diri susulan kes tangkap khalwat, pelakon Ruhaines dilihat sedang berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA1) bersama penyanyi dan dramatis Aliff Aziz.