Pihak penganjur Grandstage Sdn Bhd mengumumkam Konsert Rock Legend 2018 yang melibatkan kumpulan May dan Prime Domestic ditangguhkan.

Konsert yang dijadualkan berlangsung pada 5 Mei akan ditangguhkan sehingga ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak.

Langkah tersebut dilakukan kerana menghormati para peminat yang ingin melaksanakan tanggungjawab mereka untuk mengundi pada Pilihanraya Umum ke 14 yang telah ditetapkan pada Rabu, 9 Mei 2018.

Tarikh konsert yang hanya 3 hari sebelum tarikh mengundi dijangka sedikit sebanyak akan menganggu perancangan peminat yang mungkin antaranya perlu pulang ke kampung halaman untuk mengundi.

Oleh itu, pihak penganjur merasakan bahawa langkah menangguhkan konsert ini adalah wajar dan mengambilkira kepentingan semua pihak.

Berita terkini berkenaan tarikh konsert dan tiket boleh diperolehi melalui saluran saluran berikut :

- Facebook zhardreamstage

- Facebook dan Instagram primedomestic

- www.ilassotickets.com

- www.dreamstageconcert.com

- talian hotline : 03- 2170 6333 atau 017-2630437

Foto: Google