Aktres jelita Uqasha Senrose pernah dikaitkan dengan pengacara dan pelakon kelahiran On-Air Talent, Hefny Sahad.

Pernah membuat kenyataan yang mereka sedang menjalinkan hubungan istimewa, timbul spekulasi yang mendakwa percintaan mereka sudah berakhir.

Perkara itu terjadi apabila pasangan ini tidak lagi memuat naik foto masing-masing di laman sosial Instagram.

Namun begitu, pelakon telefilem Pok Ya Cong Codei ini enggan mengulas lanjut mengenai khabar tersebut dan mahu memberikan fokus terhadap kerjaya.

"Alhamdulillah, kehidupan saya kini baik-baik sahaja. Ketika ini, saya mahu memberikan memberikan tumpuan dan perhatian kepada kerjaya sahaja," katanya ringkas.

Dalam pada itu, Uqasha juga enggan lagi memanjangkan hal berkaitan sebuah syarikat penerbitan popular tempatan yang memberikan bayangan bakal menerbitkan sebuah buku menggunakan gambar dan nama yang mirip dengan dirinya.

[BACA: "Boleh Ke?" - Syarikat Penerbitan Keluarkan Buku Guna Gambar & Nama Uqasha?]

"Apabila mereka telah memberikan penjelasan, saya okay sahaja kerana tak nak gaduh-gaduh. Saya malas mahu memanjangkan isu ini," katanya.

Dalam perkembangan lain, Uqasha kini sedang giat menjalani penggambaran untuk drama bersiri Rahsia Hati Perempuan bersama Mira Filzah, Hisyam Hamid dan Fikry Ibrahim.

Drama bersiri tersebut bakal ditayangkan di Astro Ria menerusi slot Megadrama.

Sumber: Media Hiburan