Sejurus tamat tempoh berpantang, Nora Danish sekeluarga telah meluangkan masa bersama-sama ke Pulau Bali, Indonesia.

Menariknya, Nora turut membawa bersama cahaya mata keduanya, Mohamed Neqayl Nazri Aziz yang baru berusia 49 hari (hari ini).

Namun, perkara yang menjadi kerisauan peminatnya apabila tindakan Nora yang memandang remeh dengan tidak memakaikan baju untuk anak kecilnya ketika berada di tepi pantai.

"Kesianlah, takut masuk angin. Rasanya tak habis pantang lagi, mommy pun dah berjalan merata. Semoga dilindungi selalu," tulis salah seorang pengikutnya di Instagram.

Bagaimanapun, ada antara peminat yang menyelar semula kecaman terhadap Nora dan menyifatkan pelakon itu tahu menjaga diri dan keluarganya.

Nora yang mendirikan rumah tangga dengan Nedim Nazri melahirkan Neqayl pada 22 Februari lalu secara pembedahan.

Menerusi perkahwinan pertamanya, Nora dikurniakan seorang cahaya mata, Putera Rayqal, 9.

Apapun, jom layan gambar-gambar percutian Nora dan baby Ney Ney di Bali, Indonesia!

#Bali we go. Bismillahirohmanirohim #neyneyfirsttrip?? #neyneybali

A post shared by Nora Danish (@noradanish) on


#Bali

A post shared by Nora Danish (@noradanish) on

#neyneyfirsttrip?? #NeyNeyBali

A post shared by Nora Danish (@noradanish) on

Our Last night in Bali for this trip. #neyneyfirsttrip?? #NeyNeyBali

A post shared by Nora Danish (@noradanish) on

#neyneybali #neyneyfirsttrip??

A post shared by Nora Danish (@noradanish) on

Our precious... ? #neyneybali #neyneyfirsttrip??

A post shared by Nora Danish (@noradanish) on

After so long.... we meet again. #kembali Picture credit to @zakwanazizan

A post shared by Nora Danish (@noradanish) on


Teks oleh: Amri Hassan
Foto: IG @noradanish