Aksi Kamal Adli dan Abam menari ‘Panama Dance’ mencuit hati penonton Bocey & Friends Live pada malam Jumaat lalu.

Dua lagi artis jemputan, Mark Adam dan Rozita Che Wan (Che Ta) juga membuat penonton tak kering gusi! Memang mantap!

Kamal melakonkan watak jururawat lelaki tampil dengan jenaka bersahaja selain Mark menjadi penjual ubat secara haram manakala Che Ta muncul sebagai doktor.

Dalam pada itu, Kamal mengakui seronok berada di atas pentas bersama Bocey.

"Saya boleh rasa bagaimana perasaan mereka (Bocey) ketika beraksi di atas pentas pada setiap minggu.

"Persembahan sebegini tidak terikat dengan skrip, bebas tapi matlamat utama adalah untuk member penonton 'enjoy'," katanya kepada Astro Gempak.

Tambahnya lagi walaupun ada idea persembahan yang tidak dapat disampaikan dan tersalah lirik, secara keseluruhannya Bocey& Friend sangat menghiburkan.



Komedi pentas ini dibawakan oleh CIMB di mana menerusi persembahan ini, penonton digalakkan menggunakan CIMB Debit Mastercard, CIMB PETRONAS Debit Mastercard dan/atau CIMB Tesco Debit Mastercard untuk berbelanja tanpa tunai.

Menariknya, CIMB Debit Mastercard turut memudahkan pengguna membuat pembelian harian seperti secara dalam talian, mengisi petrol dan lain lain selain daripada mengeluarkan wang tunai menerusi mesin ATM sahaja.

Kelebihan kad ini adalah ia lebih selamat untuk sebarang transaksi pembelian yang dilakukan selain berpeluang menikmati pelbagai tawaran eksklusif CIMB di lebih 4,000 stor jualan yang mengambil bahagian.

Pada penonton, jangan lupa saksikan Bocey& Friends Live yang disiarkan pada setiap Jumaat jam 10 malam di Astro Warna and Warna HD.

Teks oleh: Elrafaei Sapi