Filem yang ditunggu-tunggu ramai peminat tempatan sejak 12 tahun lalu, Dukun memulakan tayangan pada malam ini turut mendapat sokongan daripada Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM).

Presidennya, Datuk Norman Abdul Halim berpandangan filem arahan Dain Said ini mempunyai aspek penceritaan, teknikal dan pemasaran yang baik dan ia tidak seharusnya disekat untuk bersaing di pasaran terbuka.

Filem yang diadaptasi daripada kisah pembunuhan berprofil tinggi yang pernah berlaku di negara ini menarik perhatian khalayak yang tidak sabar menontonnya di pawagam.

Di sebalik tayangan filem genre seram ini yang masuk 100 pawagam, timbul isu yang menjadi bualan hangat dalam kalangan produser apabila filem terbitan Astro Shaw ini tidak melalui Skim Wajib Tayang.

Sementara itu, filem Qhaliq arahan Rosli Mohd Taib yang sepatutnya ditayangkan esok ditangguhkan selepas produser filem tersebut membuat permohonan pada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS).

Bismillahirrahmanirrahim. Dengan kerjasama & rujukan kepada pihak FINAS, & Skim Wajib Tayang, dengan ini secara rasminya filem QHALIQ akan ditangguhkan tayangan (5.4.2018) kepada suatu tarikh baru yang akan diumumkan kelak. Penarikan adalah atas sebab2 tersendiri. . Nantikan sidang media rasmi daripada pihak penerbit QHALIQ - Ohhsem Network Sdn Bhd. . Segala yang baik datang daripadaNya. Segala yang buruk adalah kekurangan kami sendiri. ??? . . @hairulazreen @aliffyasraff @nur_risteena @syainieaida @hafizbahari72 @eqy.afandi7 @azzaelite @bombamalaysiaofficial @bombakl_official @friendsofbombamalaysia

A post shared by Ed Idrus (@qhaliqmovie) on

Dalam status filem itu di Instagram hari ini menyatakan filem itu ditangguhkan selepas mendapat kerjasama dan rujukan daripada FINAS bersama jawatankuasa Skim Wajib Tayang.

Bagaimanapun, filem ini ditangguhkan pada satu tarikh baru yang akan diumumkan kemudian.

Teks oleh: Elrafaei Sapi

Sumber: Berita Harian

Foto: IG @umieaida9 & qhaliqmovie