Pelakon Yatt Hamzah akui sudah mencuba pelbagai tips untuk mempercepatkan proses bersalin namun tidak berjaya.

Menurut Yatt, usia kandungannya kini sudah melebihi 10 hari daripada tarikh jangkaan bersalin.

Yatt menceritakan kondisi dirinya menerusi posting terbaru di akaun Instagramnya semalam.

“Hari ni 29 Mac genap 10 hari Bonda YH overdue. Adakah #babyYH akan ikut jejak langkah kakak Nia dia @sucihananiamalika yang overdue dua minggu lebih? Kak Iqlima @sucihumairaiqlima dua hari je lewat.

“Adakah #babyYH nak sambut birthday pada bulan April sama dengan bondanya sebab dah hujung-hujung Mac ni.

“No No No anak, janganlah lama sangat dalam perut Bonda tu anak, kesian Bonda dah tak larat dah ni. Sarat sangat seluruh tubuh Bonda ni anak. Kesian juga pada kakak-kakak mu & abahmu wahai #babyYH, yang dah lama excited tunggu awak keluar,” tulisnya.

Dalam pada itu, Yatt juga meluahkan rasa syukur kerana anak di dalam kandungannya berada dalam keadaan sihat.

“Dah pergi check up. Alhamdulillah baby sihat, normal dan aktif. Bonda pula dah cuba semua petua nak percepatkan bersalin dan dah telan banyak natural induce termasuklah nenas, air kelapa muda, selusuh Ayat Suci Quran, makanan pedas dan yang terbaru Nasi Arab dinner malam ni selepas dicadangkan oleh beberapa orang.

“Tak tahulah apa kena mengena Nasi Arab dengan induce, Bonda cuba jelah semua haha. Bonda teruskan macam-macam ikhtiar & doa untuk make sure #babyYH lekas keluar.

“Tapi nampaknya baby sangat selesa dalam perut Bonda sampai tak nak keluar. Al maklumlah sekarang cuaca sangat panas kat luar, mungkin perut Bonda mu sejuk dan best sampai awak tak keluar kan anak.

“Tapi tak mahu lama-lama sangat ya anak, malam ni malam Jumaat, so Bonda nak ambil keberkatan Sayyidul Ayyam untuk mohon semua mendoakan agar Bonda dapat lahirkan #babyYH dengan selamat esok JUMAAT di Bulan Rejab yang Barakah lagi Mulia ini. Ameen. Jumpa esok ya anak Bonda si lil Mujahidah #babyYH,” jelasnya.

Hari ni 29 Mac genap 10 hari Bonda YH overdue. Adakah #babyYH akan ikut jejak langkah kakak Nia dia @sucihananiamalika yg overdue 2 minggu lebih? Kak Iqlima @sucihumairaiqlima 2 hari je lewat. Adakah #babyYH nak sambut birthday pada bulan April sama dengan Bondanya sbb dah hujung2 Mac ni. No No No anak, janganlah lama sgt dalam perut Bonda tu anak, kesian Bonda dah tak larat dah ni.. Sarat sangat seluruh tubuh Bonda ni anak. Kesian juga pd kakak2 mu & abahmu wahai #babyYH, yg dah lama excited tunggu awak keluar. . Mulanya kami sangka #babyYH akan keluar pada 26 Mac, so birthday akan ikut turutan cantik dg kakak2nya. #babyYH 26, Iqlima 27 & Kak Nia 28. Tapi sangkaan kami meleset. So kami yakin sgt #babyYH akan keluar harini 29 Mac so akan jd Iqlima 27, Kak Nia 28 & #babyYH 29. Namun masih silap juga kira2 kami. . Dah pergi check up, Alhamdulillah baby sihat, normal dan aktif. Bonda pula dah try semua petua nak percepatkan bersalin dan dah telan byk natural induce termasuklah nenas, air kelapa muda, selusuh Ayat Suci Quran, makanan pedas dan yg terbaru Nasi Arab dinner malam ni selepas dicadangkan oleh beberapa orang. Tak tahulah apa kena mengena Nasi Arab dg induce, Bonda try jelah semua haha..Bonda teruskan mcm2 ikhtiar & doa utk make sure #babyYH lekas keluar. Tapi nampaknya baby sgt selesa dalam perut Bonda sampai tak nak keluar. Al maklumlah sekarang cuaca sgt panas kat luar, mungkin perut Bonda mu sejuk dan best sampai awak tak keluar kan anak.? . Tapi tak mahu lama2 sgt ya anak, malam ni malam Jumaat, so Bonda nak ambil keberkatan Sayyidul Ayyam utk Mohon semua mendoakan agar Bonda dapat lahirkan #babyYH dengan selamat esok JUMAAT di Bulan Rejab yg Barakah lagi Mulia ini. Ameen. Jumpa esok ya anak Bonda si lil Mujahidah #babyYH ??? . #yattmengayat #fromtheheartofamujahidah #darihatiseorangmujahidah #yatthamzah #pregnant #overdue #41weekspregnant #41weeks #motheranddaughter

A post shared by www.fb.com/YATT.HARYATIHAMZAH (@yatthamzah_suci) on


Bagaimanapun Yatt yang berharap dapat bersalin hari ini (Jumaat) masih lagi belum memberitahu perkembangan terbaru mengenai keadaan dirinya.

Foto: Yatt Hamzah