Heboh di media sosial apabila pelakon Angelina Jolie dikatakan kini sedang menjalinkan hubungan cinta dengan seorang ejen hartanah.

Menurut laporan Us Magazine, berita yang tesebar itu adalah tidak benar dan Angelina Jolie kini masih solo selepas dua tahun berpisah dengan Brad Pitt.

"Hingga saat ini Angelina Jolie masih seorang janda dan dia juga tidak mempunyai mana-mana kekasih selepas bercerai.

"Berita yang tersebar itu adalah khabar angin yang tidak betul kerana sehingga sekarang tiada bukti menunjukkan mereka bercinta.

"Memang Jolie sering habiskan masa bersama ramai lelaki namun sehingga kini tiada sesiapa pun yang istimewa di hati dia selain anak-anak," kata sumber ketika wawancara bersama Entertainment Tonight.

Angelina dan Brad berpisah pada 2016 dan masih dalam proses perceraian selepas dua tahun berkahwin.

Mereka mempunyai tiga cahaya mata iaitu Shiloh, 11 dan pasangan kembar, Knox dan Vivienne, 9 tahun.

Pasangan itu juga mempunyai tiga anak angkat, Pitt-Maddox, 16, Pax, 14 dan Zahara, 13 tahun.

Sumber: Us Magazine