Pelakon Song Ji Hyo mengakui mempunyai masalah lutut yang serius gara-gara menyertai program Running Man sejak lapan tahun lalu.

Menurut laporan Soompi, Song Ji Hyo harus menggunakan fizikal badannya untuk melakukan aktiviti lasak yang dijalankan sepanjang penggambaran program itu.

"Saya menyertai Running Man ketika berusia 30 tahun dan kini umur saya telah masuk 38 tahun.

"Saya harus berkorban dan mempunyai tenaga yang cukup untuk melakukan aktiviti yang dijalankan.

"Ternyata sejak menyertai Running Man saya harus berlari dan melakukan aktiviti yang lasak sehingga mengalami masalah yang agak serius pada lutut.

"Akibat daripada itu saya harus mendapatkan rawatan untuk mengubati masalah lutut yang dialami dan perkara itu tidak mematahkan semangat saya untuk terus bersama program itu," katanya ketika diwawancara pada program Sbs Power FM Cultwo Show.

Tambah Song Ji Hyo, dia menganggap apa yang berlaku pada dirinya itu adalah cabaran untuk tetap terus menghiburkan penonton sebagai seorang selebriti.

Artikel: Soompi