Ketua kumpulan K- Pop 100%, Minwoo, 33, dilaporkan meninggal dunia secara mengejut.

Menurut agensinya TOP Media, Minwoo ditemui dalam keadaan tidak bernyawa di rumahnya pada Ahad.

“Ini adalah TOP Media. Kami memohon maaf kerana menyampaikan berita menyayat hati secara tiba-tiba kepada semua.

“Pada 25 Mac, artis kami anggota kumpulan 100%, Minwoo telah meninggal kami semua. Dia ditemui tidak bernyawa di rumahnya bertempat di Gangnam.

“Anggota unit kecemasan 911 telah sampai terlebih dahulu di tempat kejadian dan mereka mengumumkan kematiannya.

“Keluarga Minwoo, 100%, rakan artis, TOP Media dan staff kami sedang berduka dengan berita yang mengejutkan ini.

“Sebagai seorang ketua kumpulan, Minwoo telah memimpin rakan-rakannya dengan begitu baik sekali. Dia juga sangat menyanyi rakan-rakan dan juga peminatnya.

“Kehilangannya amat dirasai kerana Minwoo sangat dikenali dengan perwatakannya yang menyenangkan dan disukai ramai.

“Majlis pengebumiannya akan dilaksanakan secara privasi bagi menghormati permintaan keluarga,” ujarnya.

Sumber: Allkpop