Pelakon Jeon So Min menafikan menjalinkan hubungan cinta dengan rakan seperjuangannya dalam program Running Man, Lee Kwang Soo.

Menurut laporan Allkpop, Jeon So Min menggangap Lee Kwang Soo sebagai abangnya dan tidak terlintas untuk bercinta.

"Gosip yang mendakwa kami menjalinkan hubungan cinta adalah tidak benar.

"Perkara ini mula timbul apabila saya dan Kwang Soo memuat naik gambar memakai gelang tangan yang sama di media sosial baru-baru ini.

"Perkara itu terjadi secara kebetulan dan akibat daripada itu orang ramai mengaitkan kami bercinta.

"Saya menghormati Kwang Soo seperti abang saya serta dia juga adalah rakan baik saya dan tidak mungkin kami bercinta," katanya.

Tambah Jeon So Min, dia akan lebih berhati-hati selepas ini kerana enggan peminat salah sangka dengan apa yang terjadi.

Sumber: Allkpop