Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mencipta sejarah apabila menjadi selebriti tempatan pertama yang mempunyai aplikasi sendiri di telefon pintar.

Beliau yang baru saja menimang cahaya mata perempuan pada Isnin lalu melancarkan aplikasi itu hari ini dan perkara itu dikongsi menerusi status di Instagramnya.

Siti berkata, aplikasi Siti Nurhaliza Official App itu menggabungkan semua platform rasmi media sosial miliknya termasuk gambar dan video eksklusif.

Peminat Siti boleh memuat turun aplikasi tersebut dalam tempoh 24 jam menerusi Google Playstore dan Apple App Store.

Assalamualaikum semua. Hari ini saya melancarkan Siti Nurhaliza Official App bagi menggabungkan semua platform rasmi media sosial saya dan juga gambar-gambar serta video-video eksklusif saya di dalam satu aplikasi sahaja. Dalam tempoh 24 jam bermula sekarang, ada exclusive content untuk anda di aplikasi saya ini. Anda boleh download Siti Nurhaliza Official App di Google Playstore dan Apple App Store. 2. Anda akan mendapat 3000 Stars percuma untuk purchase exclusive content. 3. Sebagai peringatan, bahan-bahan yang terdapat di dalam aplikasi ini mempunyai watermark logo Selklik dan juga alamat emel pengguna (anda). Jika ada di antara anda yang berkongsi content dari Siti Nurhaliza Official App, pihak Selklik akan mengambil tindakan terhadap anda dan ini menyalahi peraturan yang ditetapkan. Jika anda download aplikasi ini, exclusive content saya menjadi exclusive content simpanan anda juga. Boleh baca lanjut tentang aplikasi ini setelah anda download nanti. Apa tunggu lagi, download sekarang ya. Terima kasih. #selklikmy #sitinurhalizaofficialapp #SNOA #CTapp

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

Menariknya, peminat yang memuat turun aplikasi ini akan mendapat 3,000 'stars' percuma untuk pembelian bahan kandungan eksklusif.

Bagi memastikan 'content' eksklusif itu tidak disalah guna, Siti menggunakan 'watermark' logo Selklik dan alamat emel pengguna di mana tindakan boleh diambil terhadap pengguna.

Teks oleh: Elrafaei Sapi
Foto: IG @ctdk