Minggu ini banyak filem baru ditayangkan, kepada yang belum ada perancangan, apa kata kita tengok wayang?

Kepada yang belum menonton filem biografi jaguh badminton negara, Lee Chong Wei. Serius, korang mesti suka!

Nak tahu sejauh mana filem yang diinspirasikan Datuk Lee Chong Wei berjaya menyentuh emosi penonton?

Bagi pensyarah filem berpengalaman yang juga fasilitator bengkel latihan TV/filem, Zaki Abdul Rahim menilai filem ini secara keseluruhan membawa penuh kegembiraan kepadanya sebagai penonton.

"Filem ini berjaya menyuntik emosi audiens pelbagai kaum betapa sukan meruntuhkan tembok perbezaan bangsa dan agama," katanya dalam status di Facebook.

Tambahnya, antara dialog yang membuatkan dia sebak adalah ketika jurulatih Datuk Misbun Sidek (lakonan Datuk Rosyam Nor) memberitahu Chong Wei, beliau menganggap pemain nombor satu negara itu seperti anak sendiri.

"Filem biopic tema kenegaraan ini telah menterjemahkan perjuangan serta pengorbanan legenda badminton dunia Datuk Lee Chong Wei mengharumkan Malaysia dengan baik dan teliti.

"Tempoh pembikinannya lebih 3 tahun setelah menguji bakat 2,000 calon untuk membawakan watak sang juara LCW.

"Saya suka filem ini dan akan lebih suka jika ada babak Misbun solat then mendoakan kejayaan anak didiknya serta jugak 'throwback' Misbun dikalahkan Lim Swie King secara dramatik pd kejohanan Piala Dunia 1982; agar ia tidak berulang pd Lee Chong Wei.

"Tahniah kpd penerbit Josiah Chieng krn membawakan aspirasi menjadikan filem itu budaya mencerminkan jati diri sekaligus warnasari keharmonian d kalangan rakyat yg sangat indah," katanya.

Teks oleh: Elrafaei Sapi
Foto: Lee Chong Wei (Facebook)