Single ketiga penyanyi muda Ismail Izzani yang dilancarkan di laman YouTube lebih seminggu lalu mencipta sejarah tersendiri.

Dimuat naik pada 15 Mac lepas, lagu berjudul Luar Biasa itu meraih lebih 2.2 juta tontonan.

Selepas memukau pendengar dengan dua single balada popular, Ismail menampilkan sesuatu yang istimewa untuk peminat.

Lagu Luar Biasa menampilkan perbezaan berbanding dua single sebelum ini kerana Ismail menyanyikan lagu rancak sambil menari dan turut menampilkan rap dari bekas ahli kumpulan Sleeq, Alif.

Mendapat respon positif ramai, rata-rata peminat memuji kualiti muzik video Ismail yang setanding dengan penyanyi antarabangsa.

Gerak tari yang Ismail tampilkan dalam muzik video Luar Biasa juga membuatkan peminat terpaku dan menyamakan Ismail dengan Justin Bieber.

Sebelum ini, Ismail yang bernaung dibawah World Peace Entertainment pernah meraih populariti dengan lagu Sabar dan Demi Kita.

Teks oleh: Kamaruddin Razal