Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan untuk melantik Konsort (isteri) baginda, Datin Paduka Seri Norashikin Abd Rahman, sebagai Tengku Permaisuri Selangor, berkuat kuasa Khamis.

Dengan pelantikan itu, Norashikin akan memakai gelaran Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin.

Setiausaha Dewan di-Raja Selangor, Hanafisah Jais, dalam satu kenyataan kelmarin berkata, selepas berunding dengan Dewan di-Raja Selangor yang bersidang pada 8 September lalu, Sultan Selangor berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor yang membawa gelaran Datin Paduka Seri kepada Norashikin.

Terdahulu, pada 31 Ogos yang lalu, Sultan Selangor melangsungkan perkahwinan dengan Tengku Permaisuri Norashikin di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang dan dinikahkan oleh Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid.

Menerusi permerhatian di laman sosial, ramai netizen gembira dengan perlantikan ini dan mengucapkan tahniah kepada Tengku Permaisuri Norashikin.

Netizen juga turut memberi pujian ke atas kecantikan yang dimiliki oleh Tengku Permaisuri Norashikin.

Sumber komen netizen: Facebook Berita Harian