Anak kepada pelawak dan penyampai radio ERA, Johan ditahan di wad.

Berita itu diberitahu oleh Johan menerusi akaun Instagram (IG) miliknya hari ini.

Akhirnya mereka pun tumbang.... InsyaAllah akan bangkit kembali dgn izinNya selain dr usaha bantuan dr doctor dan nurse, doa mama n papa sentiasa ada utk anak2 tercinta.. kuatkan semangat yek..

A post shared by Johan & Ozlynn (@jozlynnhanania) on


Turut disertakan juga satu foto yang merakamkan dua anaknya, Haziq dan Chantiq sedang nyenyak tidur di atas katil hospital sambil ditemani Johan.

Bagaimanapun, Johan tidak menyatakan punca anak-anak kesayangan ditahan di wad.

Menerusi posting IGnya sebelum ini, Haziq dan Chantiq pernah di bawa ke klinik empat hari lalu.

Memula dorg main 2 beradik lpas balik klinik, pastu papa dia tanya u guys dh solat ke? Abg haziq buat muka bersalah.. trus papa ckp kalau x solat apa jd? Abg haziq ckp nnt syaitan kacau kita.. so papa dia trus blah x layan.. abg haziq trus ajak adik solat.. dia bentang sejadah, dia siap pesan kat adik chantiq.. dgr ni chantiq! Abg imam so jgn laju2 ikot abg.. ?.. dgn telekong tah kemana, imam pon pakai seluar pendek, dpn muka abg sodiq ko ngah sedap membuta sb x sihat.. ?.. apa pon mama bangga ngan anak2 mama.. aduhai ngekek kita amik video.. penat tahan gelak??? * x yg siap korek spender tersepit tu paling x tahan.. tu la bdn debab! ??

A post shared by Johan & Ozlynn (@jozlynnhanania) on


Dalam pada itu, menerusi ruangan komen peminat mendoakan agar dua anaknya itu kembali sembuh dan cergas seperti biasa.

Foto: Instagram @jozlynnhanania