Pasangan pelakon Amyra Rosli dan Amar Baharin tidak menghalang anak sulung mereka, Aqeef Anaqi untuk terbabit dalam dunia seni dalam usia muda.
Namun, kata Amyra, 27, terdapat beberapa syarat perlu dipatuhi oleh pihak yang menawarkan Aqeef untuk menjadi duta sesebuah jenama.
"Saya dan Amar tidak menolak sekiranya kami sekeluarga ditawarkan untuk menjadi duta, terbabit dalam sesi fotografi dan promosi kerana kami sudah menjadi satu pakej.
"Tetapi kami sudah menetapkan syarat supaya anak kami, Aqeef tidak perlu turun padang untuk sesi ramah mesra yang melibatkan terlalu ramai orang.
"Semua pihak perlu faham Aqeef baru berusia lima bulan dan saya tak boleh menghalang orang yang mahu mendekati dan menyentuhnya.
"Takkan saya nak cakap jangan sentuh anak saya pula. Pasti akan ada yang terasa hati," katanya kepada Astro Gempak.
Amyra ditemui pada majlis pertunjukan fesyen Anggun Aidilfitri Mek Kembang Cotton di The Everly Putrajaya baru-baru ini menegaskan pembabitan anaknya tidak perlu membebankan sesiapa.
"Kalau terbabit dalam sesi fotografi pun saya tidak mahu akan saya terbeban. Dia tidak perlu bekerja keras dalam usia yang masih kecil," tambahnya.
Dalam perkembangan lain, Amyra kini sedang sibuk dengan penggambaran drama bersiri Nur yang bakal ditayangkan pada bulan Ramadan nanti.
Amyra dan Amar juga tercalon untuk Top 5 Couple MeleTOP untuk Anugerah MeleTOP Era (AME2018) yang bakal berlangsung pada 8 April depan.
Undian fasa kedua ini boleh dibuat menerusi laman web rasmi www.anugerahmeletopera.com.my, aplikasi ERA dan RAKU serta melalui kiriman SMS bermula 6 Mac 2018, jam 6.00 petang hingga 8 April 2018 jam 12.00 tengah hari.
Teks oleh: Amri Hassan
Amri Hassan
Mon Mar 12 2018
Penyanyi Lagu Sandiwara Cinta Jual Duku, Grup Repvblik Kurang Job
Kumpulan Repvblik pernah menjadi popular di Malaysia berkat lagu hit mereka, Sandiwara Cinta dan Selimut Tetangga.
Okey Dengan Ibu Tiri, Mia Sara Gembira Tengok Afdlin Bahagia - "Tak Ada Apa-Apa Perasaan Buruk..."
Setelah hampir setahun mendirikan rumah tangga, pelakon dan pengarah, Datuk Afdlin Shauki akhirnya memperkenalkan isterinya, Datin Marcella secara terbuka kepada media. Sehubungan itu, Gempak sempat menemu bual anak kepada Afdlin Shauki iaitu Mia Sara berkaitan kemeriahan sambutan hari raya tahun ini bersama ibu tiri. Menurut Mia, dia menerima
Shiha Zikir Mohon Jangan Sibuk Tanya Soal Jodoh - "Kadang Kita Tak Tahu Apa Yang Seseorang Tu Tengah Hadap”
Jangan tanya soalan sensitif.
Sheriff: Raih RM6.4 Juta Dalam 3 Hari Tayangan, Netizen Kata - “Antara Filem Terbaik Pernah Ada Di Malaysia!”
Ramai yang nak tengok lagi sekali guys,.
Hantar 8,000 Surat, Pengintip Obses Harry Styles Dipenjara & 10 Tahun Tak Boleh Tonton Konsert
Seorang wanita yang mengintip dan terlalu obses dengan penyanyi Harry Styles telah dijatuhi hukuman penjara kerana sikapnya itu.
Sharifah Sakinah Enggan Fikir Soal Cinta - “Umur Saya Dah Berapa Nak Ada Boyfriend…”
Sakinah sentiasa terbuka mengenali seseorang.
Osman Ali Kecewa Hero Popular Tarik Diri Tiga Hari Sebelum Shooting - "Terpaksa Cari Pengganti"
Pengarah terkenal Osman Ali meluahkan rasa kecewanya apabila seorang pelakon popular yang sepatutnya menjadi hero kepada naskhah terbaharunya menarik diri saat akhir
“Saya Belum Layak Diberikan Gelaran Biduanita Negara” - Ziana Zain
Ziana kata dirinya masih belum layak.
Baby Boy Atau Baby Girl? Jantina Baby Kamal Adli & Uqasha diumum | Oh Baby Kamal & Uqasha
Ni dia yang ditunggu tunggu semua orang, akhirnya the secret’s out! Tahniah to this beautiful couple Kamal Adli & Uqasha Senrose on welcoming their new bundle of joy & Alhamdulillah it’s a ….. Watch till the end for the surprise
Jangan lupa follow journey diorang sebagai ibu bapa dalam Oh, Baby Kamal & Uqasha di semua platform Gempak!
Jangan lupa follow journey diorang sebagai ibu bapa dalam Oh, Baby Kamal & Uqasha di semua platform Gempak!
Ippo Hafiz Perjelas Dakwaan Lari Anak Kedua - “Saya Beritahu Isteri Buat Masa Ini Biar Saya Jaga”
Ippo Hafiz beri penjelasan