Penyanyi Dayang Nurfaizah mengakui dirinya kini masih solo dan masih belum memiliki kekasih mahupun calon suami.

Menurut Dayang, 37, dia masih lagi selesa dengan status solonya dan menjelaskan tiada orang yang berani untuk mendekati dirinya sehingga kini.

"Saya belum pernah bercinta mahupun memiliki kekasih. Setakat ini tiada siapa yang berani mendekati mahupun cuba mengetuk pintu hati.

"Terus terang, saya memang memilih lelaki yang hendak dijadikan calon suami kerana kalau berkahwin biarlah sekali seumur hidup.

"Pada usia sekarang, ada juga perasaan bimbang setiap kali ditanya soal jodoh, tapi saya tidak mahu terlalu membebankan fikiran dan fokus pada karier nyanyian.

"Ibu bapa tidak pernah mendesak saya untuk berkahwin mahupun mencarikan calon suami kerana mereka tahu saya macam mana dan lebih suka mencari calon suami sendiri," katanya.

Sumber: Harian Metro