12 pelajar AF2016 menarik nafas lega selepas diumumkan tiada penyingkiran dilakukan di konsert keempat.

Selain itu, hos Zizan Razak dan Alif Satar juga tersenyum melihat reaksi para pelajar yang memeluk antara satu sama lain sebaik saja keputusan tersebut didedahkan.

Namun yang berlaku itu hanyalah yang dapat ditonton menerusi kaca televisyen.

Apa pula berlaku di belakang tabir sebelum dan selepas konsert yang penonton di rumah tak dapat nak tengok?

1. Para pelajar AF bergurau senda dan berbual-berbual bersama cikgu Elly Suriaty di bilik persalinan.

2. Menurut cikgu Sharul, Emy agak fokus ketika di dalam kelas tetapi dia masih lagi nampak malu-malu untuk berinteraksi dengan pelajar.

3. Elly Suriaty meminta para pelajar untuk berkumpul dan membuat bulatan sebelum memberikan kata-kata semangat.

4. Zizan mengusik Alif Satar yang sedang menjalani sesi temubual. Alif pula sedang cuba untuk fokus tetapi akhirnya ketawa.

5. Alif Satar pening melayan karenah Zizan yang sentiasa ceria dan kelakar. Bagaimanapun Alif memberitahu bergurau merupakan salah satu vara mereka untuk menghilangkan ‘stress’.

6. Penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri juga turut hadir memberikan sokongan kepada pelajar AF2016. Benarlah seperti yang dikata, Dhabitah memang seorang yang ceria dan suka tersenyum! Comel!



7. Sewaktu persembahan Ikram, ada seorang peminat perempuan yang tidak dapat mengawal perasaannya menjerit ‘Ikram helok!’ Mungkin Ikram terlebih kacak kot malam tu?

8. Kehadiran pelakon Hisyam Hamid dengan berpakaian bomba telah mengejutkan penonton di Auditorium.

9. Hisyam Hamid yang hadir dengan berpakaian baju bomba sewaktu persembahan Riana membuatkan peminat jatuh hati. Secara spontan ramai yang mula sibuk mengeluarkan telefon bimbit untuk merakamkan momen berkenaan

10. Tidak ketinggalan juga ada yang mengatakan Hisyam Hamid nampak kacak memakai pakaian tersebut.

Saksikan Konsert AF 2016 yang bersiaran secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) secara ekslusif menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pada setiap hari Ahad, jam 9 malam.

Manakala rutin harian para pelajar menjalani kehidupan di akademi pula boleh ditonton menerusi Diari AF 2016 pada setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6.30 petang bermula 15 Ogos di saluran sama.

Untuk mengikuti perkembangan layari Akademi Fantasia.