Pelawak dan pelakon Zizan Razak mendominasi senarai calon akhir dengan meraih lima pencalonan daripada 16 kategori yang dipertandingkan tahun ini.

Zizan tercalon dalam kategori Bintang Filem MeleTOP, Fesyen MeleTOP, Artis Lawak MeleTOP, Grup/Duo MeleTOP bersama penyanyi hip hop, SonaOne dan Filem MeleTOP menerusi filem Abang Long Fadil 2.

Istimewanya AME 2018 kali ini, penonton bakal dihiburkan dengan selebriti yang dijemput untuk mewarnai pentas menemani hos Neelofa dan Nabil Ahmad.

Antaranya Sabri Yunus, Awie, Zul Ariffin dan Zizan Razak.

AME 2018 bakal bersiaran secara langsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada Ahad, 8 April 2018 jam 9.00 malam dan disiarkan di saluran Astro Ria (104), Astro Prima (105), Astro Ria HD (123) dan Maya HD (134).

Manakala program Showcase Eksklusif AME 2018’ disiarkan menerusi platform digital Astro Go bermula jam 5.00 petang hingga 6.30 petang.

Berikut merupakan senarai penuh pencalonan akhir AME2018:

Lagu MeleTOP

Bayang

Dirgahayu

Jampi

Nakal, Nakal, Nakal

Tergantung Sepi

Filem MeleTOP

Abang Long Fadil 2

Bisik Pada Langit

J Revolusi

Kimchi Untuk Awak

Tombiruo: Penunggu Rimba

Hos MeleTOP

Alif Satar

Datuk Ac Mizal

Jihan Muse

Nabil Ahmad

Siti Nordiana

Fesyen MeleTOP

Fattah Amin

Neelofa

Nur Fazura

Syafiq Kyle

Zizan Razak


Penyanyi MeleTOP

Ayda Jebat

Hael Husaini

Haqiem Rusli

Khai Bahar

Siti Nordiana

Bintang Filem MeleTOP

Janna Nick

Nur Fazura

Zizan Razak

Zul Ariffin (J Revolusi)

Zul Ariffin (Tombiruo)

Couple MeleTOP

Sharnaaz Ahmad & Noor Nabila

Akim Ahmad & Stacy

Amyra Rosli & Amar Baharin

Jep Sepahtu & Sari Yanti

Mia Ahmad & Izham Tarmizi

Si Cilik MeleTOP

Aaisyah Dhia Rana

Arif Jiwa Asyraf

Lara Alana

Syeriv Samheizy

Yusuf Iskandar

Pelakon TV MeleTOP

Fattah Amin

Neelofa

Siti Nordiana

Syafiq Kyle

Zul Ariffin

Program MeleTOP

Gegar Vaganza 4 - Week 1

Gema Gegar Vaganza

Maharaja Lawak Mega 2017

Sepahtu Reunion Live 2017

Tazkirah Malam Jumaat

Artis Baharu MeleTOP

As’ad Motawh

Farah Nabilah

Fendy Bakry

Hannah Delisha

Wany Hasrita

Artis Lawak MeleTOP

Fikry Ibrahim

Jep Sepahtu

Kamal Adli

Sharifah Sakinah

Zizan Razak (Abang Long Fadil 2)

Penyampi Radio MeleTOP

DJ Lin

Fad

Jep

Johan

Radin

Grup/Duo MeleTOP

Akim & The Majistret

Caliph Busker ft Faizal Tahir

Tajul & Wany Hasrita

Zizan & SonaOne

Drama MeleTOP

Cekelat Semanis Honey

Hero Seorang Cinderella

Mencintaimu Mr Photographer

Red Velvet

Titian Cinta

Program Radio MeleTOP

Johara Pagi ERA

Petang ERA

Santai Sinar

Super 40 ERA

Suria Cinta

Undian fasa kedua ini boleh dibuat menerusi laman web rasmi www.anugerahmeletopera.com.my, aplikasi ERA dan RAKU serta melalui kiriman SMS bermula 6 Mac 2018, jam 6.00 petang hingga 8 April 2018 jam 12.00 tengah hari.

Foto: Instagram @zizanrazak869