Penyanyi Aliff Aziz menyambut hari lahirnya yang ke 27 bersama anak-anak yatim baru-baru ini.

Sambutan hari jadi dan majlis doa selamat itu telah dirancang khas oleh isterinya, Bella Astillah.

Menerusi akaun Instagram (IG), Bella berkongsi beberapa foto sepanjang kemeriahan sambutan tersebut.

Bella turut teruja dan berharap agar suaminya gembira dengan hadiah yang diberikan kali ini.

“Harap hubby (Aliff Aziz) suka baby (Bella ) punya hadiah,” tulisnya.

Berikut merupakan foto sepanjang majlis tersebut:

Alhamdulillah #AliffAzizturns27 . Kami berbesar hati dapat bersama2 dgn anak-anak RKNH Ampang, Pusat Jagaan Amal Asyura sg. buloh dan Anak2 yatim & Asnaf dari Rawang. Terima Kasih banyak2 kerana menyempurnakan Majlis kecil kami. Tak lupa Ustaz Anas, Puan Syida, Puan Hana dan semua yang dapat bersama2 memeriahkan majlis semalam? . . P/s: Hopefully hubby suka baby punya present ☺️ ? #DoaSelamat #BirthdayCelebration

A post shared by Bella Astillah (@bellaastillah) on


Foto: Instagram Bella Astillah