Ketua kumpulan BIGBANG, G-Dragon bakal menjalani latihan ketenteraan secara rasmi bermula 27 Februari ini.

Berita itu disahkan oleh sayrikat pengurusannya, YG Entertainment (YGE) menerusi kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

"G-Dragon bakal jalani latihan ketenteraan 27 Februari dan kami hanya mempunyai maklumat mengenai tarikh kemasukannya sahaja," kata wakil YGE.

Menurut YGE, G-Dragon atau nama sebenarnya Kwon Ji Yong mengambil keputusan untuk memasuki latihan ketenteraan secara privasi tanpa sebarang majlis atau pun kehadiran pihak media.


Terdahulu, G-Dragon sebelum ini meminta peminat jangan bersedih dan bersabar menunggu kemunculan semulanya selepas habis latihan tersebut.

"Jangan sedih, tolong jaga kesihatan diri anda dan saya janji kita akan bertemu tidak lama lagi," ujarnya sewaktu konsert 'Last Dance'pada 30 Desember lalu.

Sumber: Allkpop