Penyanyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza mendedahkan dirinya gemuruh untuk beraksi dalam Super Spontan Superstar (SS Superstar).

Muncul di minggu ketujuh SS Superstar, Siti gembira kerana hasratnya untuk menjadi salah seorang pemain undangan tercapai.

“Pengalaman menyertai permainan ini sangat menyeronokkan. Sudah lama saya teringin untuk menyertai permainan sebegini sebagai peserta dan akhirnya hasrat saya tercapai.

“Pada awalnya, saya mengakui perasaan gementar itu ada. Sudah namanya permainan, jadi saya secara automatik, saya sudah set di minda untuk buat yang terbaik.

“Memandangkan ini pengalaman pertama, saya sendiri takut jika perasaan gementar itu akan menjejaskan orang lain.

“Namun begitu, semua peserta sangat sporting dan memberikan sokongan. Mereka menyarankan agar saya enjoy sahaja di atas pentas,” kata Siti kepada Astro Gempak.

Jika diberi peluang sekali lagi, Siti berbesar hati untuk menyertai lagi permainan sebegini untuk menyerlahkan sisi lain dirinya kepada peminat.

“Jika ada kelapangan dan kena dengan masanya, sekali sekala, boleh sahaja. Selalunya orang menyaksikan saya serius menyanyi di atas pentas melakukan persembahan. Menerusi program sebegini, peminat dapat menyaksikan sisi lain saya,” katanya lagi.

Ketika ditanya pemain pilihannya untuk memenangi SS Superstar kali ini, Siti buntu untuk menamakan pemain yang bakal menjadi pemenang.

“Bercakap mengenai pemain pilihan, saya sendiri tak boleh agak. Peserta dari kedua-dua kumpulan sangat bagus. Saya bukan nak ambil hati tetapi masing-masing ada kekuatan dan peranan tersendiri,” katanya lagi.

SS Superstar bersiaran secara langsung dari Dewan Percubaan Universiti Putra Malaysia (UPM) pada setiap Jumaat bermula jam 10 malam dan ditayangkan serentak menerusi Astro Warna (saluran 132) dan Mustika HD (saluran 134).




Pasangan suami isteri nak beli kereta..tapi yang si penjual kereta pulak comel siap speaking lagi.. #harimauhipster #superspontansuperstar Kalau korang nak tengok yang full, korang boleh check it out dekat www.superspontansuperstar.com.my

A video posted by Zon Lawak (@zonlawak) on



Pasangan suami isteri nak beli kereta..tapi yang si penjual kereta pulak comel siap speaking lagi.. #harimauhipster #superspontansuperstar undian sms: SMS SSHH ke 32777 atau SS3/5/10/20HH ke 32777 undian online: undi secara online di www.superspontansuperstar.com.my

A video posted by Zon Lawak (@zonlawak) on



Kenapa pulak @izzueislam dengan dato @ctdk ni dalam permainan #beku di #superspontansuperstar ..jangan lupa undi kumpulan kegemaran korang tu.. undian sms: SMS SSke 32777 atau SS3/5/10/20ke 32777 undian online: undi secara online di www.superspontansuperstar.com.my

A video posted by Zon Lawak (@zonlawak) on