"Terima kasih Allah bagi pinjamkan sekejap anugerah ini," berikut antara luahan hati Jue Aziz di Instagram.
Apa yang berlaku sebenarnya Jue sedang meratapi pemergian tiga ekor kucing kesayangannya semalam.
Bagi pencinta haiwan seperti Jue, hilangan itu memberikan tamparan hebat. Jadi pelakon itu merakamkan detik-detik menyedihkan itu untuk berkongsi bersama peminatnya.
Kata Jue, dia tidak terkilan dengan kehilangan haiwan kesayangannya itu memandangkan dia sempat meluangkan detik akhir itu bersama-sama.
"Ya Allah macam tahu-tahu saja Mama esok tak ada sebab outstation. Boleh pula dia pergi dulu tiga ekor sekali jalan.
"Sekurang-kurangnya Mama tak terkilan kamu semua pergi depan mata Mama," tambah Jue.
Video tangisan Jue ditonton lebih 109,000 kali dan mendapat lebih 300 komen netizen yang bersimpati dengan nasib pelakon itu.
Namun ada juga segelintir netizen yang menyelar tindakan Jue memuat naik video sedemikian.
"Menangis pun nak kena rakam ke? Memanglah sedih kucing mati, tengah-tengah menangis pun sempat buat video," tulis @eelyena.
Teks oleh: Amri Hassan
Sumber: IG @jueaziz22_official
Pelakon Dr Pontianak Alami Kisah Mistik Diganggu Hantu! | Singgah Set
Kimberly Chuah bagitahu kat Cik Bam yang diorang diganggu perkara mistik ketika penggambaran Dr Pontianak. Sharifah Sakinah pulak tak puas hati Cik Bam datang time dah nak habis waktu shooting. Mierul Aiman sempat bagi pickup line kat Cik Bam.
Jom strim sampai habis!
Kalau korang nak layan lagi moment-moment panas yang terjadi di set drama, korang boleh saksikan #SinggahSet setiap Jumaat, 5:00 petang di www.gempak.com! Confirm panas!
Saksikan #DrPontianak
Mulai 3 Mei 2024, setiap Jumaat, 10 Malam di Astro Warna dan Strim Astro GO
Terbitan: KL MOTION PICTURES CO.
Arahan: Wan Alauddin (Alak) & Wan Hasliza Wan Zainuddin
Bersama dengan Mierul Aiman, Sharifah Sakinah, Kimberly Chuah, Rashidi Ishak, Sathis Varan & pelakon-pelakon hebat yang lain.
#AstroBaharu #DrPontianak #AstroBaharu #TakMacamDulu #BamBamStudios #MasaBersama #MerapatkanKita
“3.99 Ni Hadiah Birthday Mummy” - Anak Rita Rudaini Dapat Keputusan Cemerlang Straight A
Pelakon Rita Rudaini berkongsi berita gembira tentang anaknya, Airit Rayyan Rizqin, 15, yang berjaya memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Menerusi entri yang dimuat naik di Instagram, Rita menitipkan doa serta memanjatkan rasa syukur ke atas pencapaian anak sulungnya itu. “Alhamdulillah, syukur pada Allah, tahun ni Ryan Top 10 bat
Harris Alif & Intan Ladyana Timang Cahaya Mata Lelaki - "Harris Junior Dah Selamat Dilahirkan"
Pelakon dan pengacara Harris Alif dan isteri, Intan Ladyana berkongsi perkhabaran gembira tentang kelahiran cahaya mata kedua mereka, pada Jumaat. Menerusi entri di Instagram Stories, Harris memaklumkan Intan telah selamat melahirkan anak lelaki. "Alhamdulillah, baru lepas video call, Harris Junior dah selamat dilahirkan. Are you happy baby (Eev