Bintang terkenal Korea Selatan, Suzy menafikan dakwaan kembali bercinta bersama bekas kekasihnya pelakon Lee Min Ho.

Perkara itu disahkan oleh syarikat pengurusannya, JYP Entertainment (JYPE) menerusi satu kenyataan rasmi hari ini.

“Sebaik sahaja mengetahui tentang gosip tersebut pihak kami telah menghubungi Suzy dan dia mengesahkan dakwaan tersebut tidak benar,” – JYPE

Dalam pada itu, syarikat pengurusan Lee Min Ho juga turut menafikan perkara tersebut.

“Dakwaan itu yang mengatakan Lee Min Ho kembali bersama Suzy itu ternyata tidak benar.

“Gosip mengenai mereka berdua keluar bersama secara rahsia juga adalah palsu,” – MYM Entertainment.

Suzy dan Lee Min Ho menjadi perhatian peminat apabila ada laporan mengatakan pasangan ini kembali bersama selepas mengambil keputusan untuk berpisah November tahun lalu.

Sumber: Koreaboo