Aktres antarabangsa, Angelina Jolie, 41, memfailkan perceraian daripada suaminya, aktor Brad Pitt, 52, semalam.

Peguam kepada Jolie, Robert Offer memfailkan pembubaran perkahwinan dan keputusan untuk berpisah itu dibuat untuk kebaikan keluarga.

Jolie dan Pitt menjalinkan hubungan cinta semenjak tahun 2004 dan mereka akhirnya berkahwin pada Ogos 2014.

Mereka mempunyai enam orang anak bersama dan tiga daripadanya adalah anak angkat.

Menerusi tinjauan di laman sosial Twitter, netizen seluruh dunia menzahirkan rasa sedih terhadap perpisahan pasangan yang dikenali dengan jolokan Brangelina ini.

Ramai peminat seakan tidak percaya yang pasangan ini bercerai dan akan membawa haluan masing-masing.