Pengasas Enfiniti, Puan Sri Tiara Jacquelina terkejut apabila pementasan perdana Ola Bola The Musical menerima 'standing ovation' daripada penonton di Panggung Sari, Istana Budaya semalam.
Tiara Jacquelina berkata ia penghargaan yang sangat tinggi untuknya dan seluruh kru Ola Bola The Musical.
"Saya rasa macam 'wow'! Memang tidak sangka apabila tamat sahaja pementasan perdana ini semua orang bangun beri penghormatan.
"Bagi saya ini hadiah yang bermakna buat saya dan segala penat lelah yang kami usahakan untuk malam ini nampaknya berbaloi.
"Sebenarnya tepukan daripada penonton pun sudah cukup melegakan hati saya," katanya kepada Astro Gempak.
Tiara ditemui selepas pementasan perdana muzikal tersebut di Istana Budaya, pada Rabu.
Mengulas mengenai pementasan perdana serta pertama Ola Bola The Musical pada malam tersebut, Tiara memberitahu dia bangga melihat pencapaian setiap pelakon dan krunya.
"Saya bangga melihat pencapaian setiap pelakon pada malam ini kerana nampak kesungguhan mereka dalam memberi komitmen sepenuhnya.
"Saya puas hati dengan persembahan malam ini tetapi setiap pementasan kami akan sentiasa perbaiki supaya lebih baik dan menarik," katanya lagi.
Pelakon yang membintangi Ola Bola The Musical adalah Luqman Hafidz, Lim Jian Wen, Iedil Putra, Altimet, Douglas Lim dan ramai lagi.
Ola Bola The Musical yang dipersembahkan oleh CIMB itu bakal dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya bermula 8 Februari (hari ini) hingga 11 March 2018.
Tiket Ola Bola The Musical dijual dengan harga bermula dari serendah RM58.71.
Diskaun sebanyak 40% diberikan untuk pengguna kad CIMB atas pembelian tiket mengikut terma san syarat. Ia boleh dibeli di www.olabolamusical.com.
Teks oleh: Syafiqah Jalal
Amri Hassan
Thu Feb 08 2018
Sheriff: Raih RM6.4 Juta Dalam 3 Hari Tayangan, Netizen Kata - “Antara Filem Terbaik Pernah Ada Di Malaysia!”
Ramai yang nak tengok lagi sekali guys,.
Hantar 8,000 Surat, Pengintip Obses Harry Styles Dipenjara & 10 Tahun Tak Boleh Tonton Konsert
Seorang wanita yang mengintip dan terlalu obses dengan penyanyi Harry Styles telah dijatuhi hukuman penjara kerana sikapnya itu.
Sharifah Sakinah Enggan Fikir Soal Cinta - “Umur Saya Dah Berapa Nak Ada Boyfriend…”
Sakinah sentiasa terbuka mengenali seseorang.
Osman Ali Kecewa Hero Popular Tarik Diri Tiga Hari Sebelum Shooting - "Terpaksa Cari Pengganti"
Pengarah terkenal Osman Ali meluahkan rasa kecewanya apabila seorang pelakon popular yang sepatutnya menjadi hero kepada naskhah terbaharunya menarik diri saat akhir
“Saya Belum Layak Diberikan Gelaran Biduanita Negara” - Ziana Zain
Ziana kata dirinya masih belum layak.
Baby Boy Atau Baby Girl? Jantina Baby Kamal Adli & Uqasha diumum | Oh Baby Kamal & Uqasha
Ni dia yang ditunggu tunggu semua orang, akhirnya the secret’s out! Tahniah to this beautiful couple Kamal Adli & Uqasha Senrose on welcoming their new bundle of joy & Alhamdulillah it’s a ….. Watch till the end for the surprise
Jangan lupa follow journey diorang sebagai ibu bapa dalam Oh, Baby Kamal & Uqasha di semua platform Gempak!
Jangan lupa follow journey diorang sebagai ibu bapa dalam Oh, Baby Kamal & Uqasha di semua platform Gempak!
Ippo Hafiz Perjelas Dakwaan Lari Anak Kedua - “Saya Beritahu Isteri Buat Masa Ini Biar Saya Jaga”
Ippo Hafiz beri penjelasan
Izara Aishah Pilih Tawaran Berlakon, Hanya Filem & Drama Bersesuaian - “Jalan Cerita Sekarang, Saya Tak Minat”
Izara tak minat jalan cerita drama sekarang.
Alyssa Lee Dedah Sikap Amalina Arham Ketika Pertama Kali Jumpa Di Set Drama ‘Khun:Sa’ - “Awak Bukan Hidung Tinggi Tapi…”
Alyssa & Amalina kongsi pengalaman bertemu di set.
Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Merentas Desa
Seorang pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di sini rebah sebelum disahkan meninggal dunia ketika menyertai kejohanan merentas desa di sekolahnya pada Jumaat.