Pengarah filem Abang Long Fadil 2, Mohd Syafiq Yusof, 25, selamat menyambut kelahiran puteri keduanya.

Syafiq berkongsi berita itu di akaun Instagram (IG) peribadinya semalam.

Menerusi perkongsian tersebut, Syafiq juga memberitahu maksud nama anak keduanya, Nuur Nusaybah.

“Nuur Nusaybah binti Muhamad Syafiq (ironwoman). 4/2/2018 3.6kg.

“Nusaybah merupakan salah seorang daripada serikandi Islam dan merupakan pejuang Muslimah Islam yang pertama.

“Dia turut serta dalam Perang Uhud, Perang Hudaibiyyah, Perang Hunain dan Perang Yamamah serta menyaksikan Bait al-Aqabah.

“Nusaybah binti Kaab dikenal dengan julukan Ummu Umara,”
tulisnya.

Dalam pada itu, Syafiq juga berkongsi foto comel Nuur Nasaybah dan rata-rata pengikutnya terpukau dengan kecomelan anak keduanya itu.

Nuur Nusaybah binti Muhamad Syafiq (ironwoman). 4/2/2018 3.6kg. ?? Nusaybah merupakan salah seorang daripada serikandi Islam dan merupakan pejuang Muslimah Islam yang pertama. Dia turut serta dalam Perang Uhud, Perang Hudaibiyyah, Perang Hunain dan Perang Yamamah serta menyaksikan Bait al-Aqabah. Nusaybah binti Kaab dikenal dengan julukan Ummu Umara.

A post shared by Syafiq Yusof (@fiq000s) on


“Alhamdulillah, barakallah, semoga baby Nuur Nusaybah sehat senantiasa, tumbuh menjadi anak sholeha dan bermanfaat untuk ummahat. Tahniah bg @fiq000s, mommy @aeisahzainal. Yeaayyy kaka Jannah sekarang ada kawan main, tak lagi main sorang-sorang,” -@delfirafira

Foto: Instagram @fiq000s