Penyanyi Mark Adam akui menjadikan pesanan bapanya sebgai sumber inspirasi untuk membantu pelajar di pusat latihan vokal miliknya iaitu Suara Akademi.

Mark berkata, bapanya mahu dirinya menjdi seorang yang tidak lokek dengan ilmu dan berkongsi benda yang baik dengan semua orang.

“Salah satu tujuan saya membuka Suara Akademi kerana niat saya ingin membantu mereka yang berminat dalam bidang muzik.

“Ilmu yang baik harus dikongsi dan saya pengang kata-kata bapa saya yang mahukan saya berkongsi pengetahuan dalam bidang tersebut dengan orang lain.

“Bapa tidak mahu saya menjadi kedekut dan simpan ilmu yang ada kerana baginya perkara itu tidak baik.

“Sebab itu saya mahu menolong sesiapa sahaja yang betul-batul berminat dalam bidang muzik,” katanya kepada Astro Gempak.

Dalam perkembangan lain, Suara Academi kini sudah mempunyai hampir 80 orang pelajar.

Antara selebriti menyertainya ialah Janna Nick, Aiman Tino dan Nazim Othman.

Teks oleh: Mya Amri