Bekas anggota Running Man, Gary buat pertama kalinya mendedahkan sebab tidak memberitahu anggota Running Man mengenai perkahwinannya.

Menurut Gary, dia mempunyai alasan tersendiri dan perkara itu disokong oleh isterinya.

“Saya sering memberitahu Running Man bahawa saya tidak mahu mengadakan majlis perkahwinan.

“Perkahwinan adalah perkara yang melibatkan penyatuan dua hati dan pasangan bercinta.

“Jadi saya tidak gemar untuk membicarakan soal perkahwinan seperti lokasi, hadiah dan juga gambar,” ujarnya.

Kata Gary lagi disebabkan faktor itu dia dan isterinya mengambil keputusan untuk berkahwin tanpa mengadakan sebarang majlis.

Hanya cukup sekadar mendaftarkan perkahwinan mereka secara rasmi.

Gary melangsungkan perkahwinannya bersama Kim secara rahsia tanpa sebarang majlis pada 5 April 2017.

Hasil perkahwinan tersebut, Gary dikurniakan seorang cahaya mata pada 17 November lalu.

Sumber: Soompi