Turun naik nafas Miss K selepas menerima kiriman emel seorang teman pagi semalam (Sabtu), pakej dengan rasa loya dan nak muntah.

Mana tidaknya, teman yang Miss K gelarkan Oppa, telah menghantar beberapa keping foto tidak senonoh seorang lelaki yang seiras penyampai radio Hot FM, Fizie.

Menerusi emel tersebut, Oppa telah bertanya kepada Miss K adakah benar foto-foto tersebut milik Fizie. Kata Oppa lagi, foto lelaki yang didakwa Fizie itu telah mula tersebar di laman sosial Tumblr sejak beberapa hari lepas.

Aduhai, pelik sungguh Miss K dengan orang zaman sekarang...Kalau pandai teknologi sekali pun, gunakanlah untuk buat kebaikan bukannya sesuka hati tabur fitnah atau aibkan orang sana-sini!

Sebelum ini, pelakon Atikah Suhaime dan Idris Khan menjadi mangsa apabila foto mereka turut tersebar di laman sosial sama.

Miss K harap Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dapatlah memantau laman sosial Tumblr ini yang semakin melampau berkongsi bahan lucah dengan bebas dan terbuka.

Bukannya apa, Miss K tidak mahu generasi Y rosak dek kerana laman sosial macam Tumblr tu. Setahu Miss K, dulu Tumblr tempat berkongsi kreativiti jurugambar amatur dengan foto-foto cantik dan menarik mereka.

Sekarang ini dah jadi tempat golongan gila seks bertukar dan berkongsi gambar lucah pulak! S
emakin jijik dengan perkongsian bahan lucah melampau, tanpa tapisan. Euw! Harap SKMM dan PDRM dapatlah memandang serius perkara ini ya!

Kepada Fizie, bertabahlah ya. Berhati-hati ketika bergambar kerana zaman teknologi serba canggih ini macam-macam orang boleh buat dan ambil kesempatan menabur fitnah.

Lagipun periuk nasi Fizie besar, manalah tahu orang yang buat fitnah tu memang makhluk busuk hati yang nak tengok awak jatuh tergolek macam nangka busuk?

Miss K: Tengah siasat kes cerai seorang aktres.