Bintang realiti TV, Kim Kardashian dan suaminya, Kanye West, secara rasmi mengumumkan nama anak ketiga mereka yang dilahirkan menerusi kaedah ibu tumpang.

Menerusi sebuah entri Instagram (IG), pasangan itu telah memilih nama Chicago West yang juga merupakan nama sebuah bandar di Amerika Syarikat.

Kim juga turut mendedahkan secara terperinci maklumat kelahiran Chicago yang dilahirkan pada 15 Januari lalu pada pukul 12:47 pagi dengan berat 3.35 kilogram.

Sehingga kini, pasangan Kim dan Kanye juga masih tidak mendedahkan gambar anak mereka kepada umum.

Tambah sumber, mereka hanya akan mengeluarkan gambar bayi ketiga itu selepas dua bulan seperti yang dilakukan untuk North West dan Saint West.

Kim dan Kanye sebelum ini sudah mempunyai dua cahaya mata, North West dan Saint West.