Bintang AF Megastar, Marsha Milan Londoh teruja dilantik sebagai duta barang kemas De Lunaria selama tiga bulan bermula Januari 2018.

Jelas Marsha, pemilihannya sebagai duta barang kemas De Lunaria merupakan penghargaan baginya walaupun dalam tempoh yang singkat.

"Saya bukan seorang peminat barang kemas, namun apabila ditawarkan untuk menjadi duta De Lunaria saya rasa ia satu penghargaan buat saya.

"Ketika ditawarkan, saya tidak mengambil masa panjang untuk menerima tawaran ini.

"Barangan kemas De Lunaria ditawarkan dengan harga yang sangat murah dan sesuai untuk pelbagai peringkat usia terutama belia.

"Lebih penting, saya dimaklumkan kebanyakan pelanggan De Lunaria terdiri daripada penduduk di Sabah dan Sarawak, secara tidak langsung ia mendekatkan saya dengan orang kampung sendiri," katanya kepada Astro Gempak.

De Lunaria merupakan perintis penjualan barang kemas dalam talian (online) di Malaysia.

"Emas yang digunakan jenis Emas 916 dan diyakini tulen jadi saya sangat percaya dan yakin untuk mewakili jenama ini selaku duta," tambahnya.

Sementara itu, katanya tempoh kerjasama De Lunaria dan Marsha selaku duta barangan kemas berkenaan akan dilanjutkan selepas tiga bulan sekiranya memberikan impak yang memberangsangkan.

De Lunaria turut mengeluarkan rekaan eksklusif set barang kemas untuk Marsha.

Teks oleh: Amri Hassan
Foto: IG @delunaria