Buat pertama kalinya bekas anggota Running Man, Kang Gary meluahkan isi hatinya selepas mengambil keputusan meninggalkan program berkenaan.

Menurut Gary, dia sering berasa risau kerana memikirkan peranannya di dalam program tersebut.

“Saya memikirkan tentang karakter dalam Running Man sehingga merasakan saya tidak mempunyai apa-apa lagi untuk ditunjukkan kepada penonton.

“Sudah tentu setiap kali apabila saya mula fikirkan tentang perkata tersebut, orang-orang disekeliling pasti akan berkata kenapa perlu berfikiran begitu, mereka adalah keluarga, jangan risau.

“Tetapi tiada apa yang boleh saya lakukan untuk program itu dan lihat sekarang, Running Man sudah pun mempunyai anggota baru.

“Bukankah gandingan mereka lebih seronok? Secara jujurnya saya sangat gembira,” katanya.

Dalam perkembangan terbaru, Gary akan meneruskan kerjayanya dalam bidang muzik.

Sumber: Soompi