Adik ipar kepada pelakon kontroversi Datuk Farid Kamil, Yana Samsudin mengakui dia jarang bertemu suaminya, Fadzil Zahari sejak menguruskan kes terbabit dari minggu lepas.
Kata Yana dia bagaimanapun hanya mampu memberikan sokongan moral buat suaminya dan individu sekeliling bagi memastikan urusan berjalan lancar.
"Saya sebagai seorang isteri dan keluarga Farid sentiasa memberikan sokongan penuh.
"Orang terbabit ada di sana tetapi yang di luar menguruskan segala hal yang paling penat. Saya lihat sendiri betapa tabahnya suami saya sampaikan kurang tidur.
"Bahagian saya pastilah sokongan moral yang tidak pernah putus.
"Rasanya sudah tiga hari saya tidak bertemu suami saya. Tiap-tiap hari dia balik pukul 2 atau 3 pagi, sempat jumpa pun waktu pagi saya salam dengan suami sebelum keluar bekerja," katanya kepada Astro Gempak.
Yana ditemui pada majlis tayangan program 2018 Media Prima di Majestic Hotel, Kuala Lumpur semalam.
Tambah Yana, dia tidak tertekan dengan ujian yang melanda keluarganya dan bersyukur tiada sebarang provokasi dibuat daripada mana-mana pihak sepanjang kes berlangsung.
"Saya berterima kasih kepada individu sekeliling saya yang sentiasa memberikan sokongan dan mendoakan kami sekeluarga.
"Perkara sebegini baru pertama kali berlaku kepada kami dan adakalanya kami pun hilang arah.
"Semoga semuanya akan selesai dengan baik," ujarnya.
Farid yang juga pelakon utama drama bersiri Lafazkan Kalimah Cintamu sebelum ini didakwa di mahkamah atas empat pertuduhan jenayah namun telah dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM12,000 pada Selasa lalu.
Teks oleh: Amri Hassan
Foto: IG @yanasamsudin
Amri Hassan
Fri Jan 19 2018
“Saya Tak Nak Burukkan Nama Anak Saya” - Halim Othman
Penyampai radio, Halim Othman enggan mengulas lanjut mengenai isu penukaran maklumat di surat beranak dan anak tidak sah taraf membabitkan anaknya, Myra Natasha.
THSS: Tiada Penyingkiran Pada Konsert Minggu Pertama, Ayda Jebat Raih Markah Tertinggi!
Menjayakan persembahan bertemakan filem Hollywood, Mad Max, Ayda Jebat berjaya menduduki tangga pertama sekaligus melayakkan diri ke peringkat seterusnya dalam pertandingan The Hardest Singing Show. Menerusi medley lagu Siapa Diriku dan Nakal Nakal Nakal, Ayda berjaya mengungguli berbanding lapan bintang lain dengan markah 95.24%.
‘Perang’ Antara Didi Astillah Dengan Aisyah Aziz, Masing-Masing Pertahan Kakak & Abang
Alamak, Didi & Aisyah berbalas di Instastory pula.
Dikecam Gara-Gara Promosi Produk Dikaitkan Dengan Israel, Ini Kenyataan Nadhir Nasar
Nama pelakon Nadhir Nasar menjadi bualan gara-gara mempromosikan produk yang didakwa menyokong kekejaman yang dilakukan oleh zionis.
Panas! Didi Astillah Spill The Tea Lagi - “Masa Bersama Isteri Orang Anak Tiga Dari Terengganu, Itu Apa Pula?”
Susulan kemunculan, penyanyi Aliff Aziz menerusi temu bual bersama sebuah program pada Ahad, kini adik iparnya, Didi Astillah membuat pendedahan terbaharu yang mengejutkan.
Hrithik Roshan Kritik Iklan Telefon Pintar: “Sad & Ignorant"
Aktor Hrithik Roshan menjadi selebriti terkini dunia yang menyelar iklan terkini keluaran syarikat gergasi, Apple.
“Saya Hanya Mahu Ayah Mohon Maaf Dan Tukar Balik Maklumat Kat Surat Beranak” - Myra Natasha
Anak kepada penyampai radio, Halim Othman, Myra Natasha menggesa bapanya untuk tampil beri penjelasan mengenai isu penukaran nama di surat kelahirannya.
"'Makan Luar' Sebab Jiwa Saya Kosong" - Aliff Aziz Mengaku Curang
"Ya, berlaku curang," demikian pengakuan Aliff Aziz ketika ditanya tentang kesahihan spekulasi yang meliar menjerat dirinya sejak ketika ini.
THSS: Kaka Azraff Kongsi Sebab Kenapa Tertarik Untuk Sertai Rancangan Ini - “Sesuai Dengan Misi Saya..”
Bakal terlibat dengan program terbaharu, The Hardest Singing Show, penyanyi Kaka Azraff berkata, pada awalnya dia tidak yakin untuk menyertai rancangan terbitan Astro itu.
"Saya Cuma Minta Hak Sebagai Bapa, Jumpa & Bermalam Dengan Anak-Anak" - Aliff Aziz
Penyanyi dan pelakon kontroversi, Aliff Aziz hanya memohon diberikan hak sebagai seorang bapa kepada kedua-dua cahaya matanya, Ayden Adrean dan Ara Adreanna sekiranya dia dan Bella ditakdirkan bercerai.