Pelakon dan pengacara Sazzy Falak berkongsi detik dia jatuh terduduk di tangga pentas ketika rakaman sebuah rancangan televisyen di Singapura baru-baru ini.

Sazzy yang memakai skirt slit cut coklat dan t-shirt putih seakan-akan tergelincir ketika menuruni tangga selepas keluar daripada belakang pentas.

Sambil melambaikan tangan, Sazzy yang terjatuh dalam posisi terduduk sempat melunjurkan kaki kirinya ke depan sambil tersenyum.

"Ini insiden jatuh secara epik yang berlaku ketika sesi rakaman #garagaranuruldanshahril.

"Jelas sekali mereka tidak akan menayangkan situasi tersebut kepada semua, tetapi saya fikir ini satu hiburan untuk anda membuktikan bahawa saya seorang yang cuai," tulisnya di kapsyen video terbabit di Instagram.

That epic fall that I made during the #garagaranuruldanshahril recording ? Obviously they were not going to show this take, but I thought I'd entertain you guys with my clumsiness ? #sazzyfalak #sazfash . ? : @kacamatafauzi . Catch the episode tonight on MediaCorp Suria at 8.30pm ❤️

A post shared by Sazzy Falak (@sazzyfalak) on



Sedutan video itu mendapat perhatian peminatnya yang khuatir dengan keadaan Sazzy akibat insiden tersebut.

"Walaupun cara jatuhnya cantik je tapi nampak kat juga hentakannya. Jangan lupa jumpa doktor untuk pastikan tiada apa-apa yang terjadi," pesan @purleblizz.

"Awak jatuh terduduk, takut beri kesan kepada peranakan. Tolong rujuk doktor ya," tambah @shahira_Shamsuddin.

"Aduh... Rasa macam sakit kat perut tengok video ni. Kuat hentakan tu," tulis @zarahuzaifa.co.

Bagaimanapun, menerusi kemas kini terkini, Sazzy tidak menunjukkan sebarang kecederaan serius kesan daripada insiden itu.

Teks oleh: Amri Hassan
Foto & Video: IG @sazzyfalak