Pagi tadi ketika sedang menikmati sarapan, Miss K telah dikejutkan dengan kiriman Whatsapp dari seorang teman mengenai barisan artis yang bakal menyertai GegarVaganza (GV) musim ketiga.

Teman Miss K itu sekadar bertanya, benarkah maklumat yang di kongsikan menerusi laman sosial Facebook (FB) GegarVaganza sejak semalam itu?

Tanpa melengahkan masa sebagai insan paling rapat dengan Astro, Miss K terus menghubungi orang kuat GV untuk bertanyakan tentang hal tersebut.

Apa lagi, melompatlah orang kuat GV itu bila Miss K sertakan ‘sreenshot’ yang mempamerkan 12 nama artis yang didakwa bakal peserta musim terbaru program yang ratingnya berjuta-juta itu!

“Hairan sungguh, GV tidak pernah ada sebarang akaun media sosial sejak musim pertama sehinggalah terkini.

“Aku dah tengok laman FB tu, agak mengejutkan kerana video-video para peserta GV musim kedua pun ada dalam tu. Tapi kelakarlah sebab FB itu juga macam ada online ‘business’, agaknya itu cara dia nak melariskan jualan dia kot?

“Ramai juga yang tertipu dan ‘likes’ serta menjadi ‘followers’ FB GV palsu itu, termasuk pengacara program Jihan Muse, hahahaha!

“Hebat juga penangan GV ya Miss K...Sidang media pun belum lagi tapi ramai yang sudah mula berteka-teki tentang peserta musim ini!

“Apa-apa pun terima kasih kepada semua penyokong GV yang setia bersama kami dari musim pertama sehingga ke hari ini,” kata orang kuat tersebut.

Tambah orang kuat GV itu lagi, apa-apa berita terkini atau rasmi mengenai program realiti paling popular itu hanya akan disiarkan di Astro Gempak.

“Nantikan sidang media GV musim ketiga pada 5 Oktober ini dan aku jemput Miss K datang. Datang tau nanti!,” tambahnya.

Aduhai, lagi berdebar Miss K bila orang kuat GV sendiri yang cakap begitu, tiba-tiba rasa macam lama sangat nak sampai 5 Oktober tu.

Miss K: Suka dengar lagu Khazanah Dari Malaya nyanyian Ayati Tasrip.

*Jika ada sebarang gossip atau cerita yang ingin disampaikan kepada Miss K, e-mel Miss K di [email protected] ya!