Tular sebuah video menunjukkan penggambaran muzik video terbaharu Taylor Swift bertajuk End Game yang menampilkan seorang penari mirip wajah Katy Perry.

Dalam rakaman video itu, Taylor sedang menari dan menerusi video yang dirakam dari jarak jauh tersebut wajah penari tidak dapat dilihat dengan jelas.

Namun daripada lima penari terbabit, ada seorang penari dengan imej rambut pendek mirip Katy Perry.

Video tersebut menjadi tular dan mendapat liputan beberapa media antarabangsa.

Ramai peminat mula tertanya-tanya adakah benar mereka sudah berdamai dan Katy terlibat dalam pembikinan muzik video Taylor.

Sehingga kini ia masih menjadi tanda tanya.

Seperti diketahui, hubungan Taylor Swift dan Katy Perry memang tidak baik.

Hubungan dua bintang yang dulunya merupakan sahabat baik itu mulai dingin sejak timbulnya gosip keintiman mereka dengan John Mayer tersebar.

Sumber: Glamour.com