TUTUP

“Bukan Suara Edry, Bukan Suara Mesin, Itu Suara Saya” - Aliff Syukri

Hiburan
“Bukan Suara Edry, Bukan Suara Mesin, Itu Suara Saya” - Aliff Syukri
Usahawan kosmetik yang kini bergelar penyanyi, Datuk Seri Aliff Syukri nafi menggunakan suara orang lain untuk menyanyikan single terbarunya, Abang Nak Tegur.

Wujud dakwaan yang mengatakan lagu tersebut tidak menggunakan suara sebenar Aliff dan menggunakan ‘suara mesin’ serta suara komposernya, Edry Abdul Halim.

“Lagu ini menggunakan 100 peratus suara saya. Buka suara mesin, bukan juga suara Edry.

“Saya banyak kali berlatih sebelum memulakan rakaman. Edry banyak membimbing dalam membentuk vokal saya.

“Saya sedar suara saya tidak sedap, tetapi Edry banyak membantu. Saya masih ingat lagi di sesi latihan sebelum rakaman, satu rangkap lagu saya nyanyikan sebanyak 30 kali untuk membiasakan vokal saya,” kata Aliff.

Sudah mendapat tawaran untuk melakukan persembahan, Aliff bakal memenuhi undangan tersebut jika kena dengan jadualnya.

“Saya bernaung di bawah KRU dan setakat ini, saya sudah mendapat tawaran persembahan.

“Semuanya bergantung kepada jadual saya, jika berkesempatan, Insya-Allah saya akan penuhinya.

“Saya harus membahagikan masa dengan baik antara bidang perniagaan, kerjaya nyanyian serta keluarga,” katanya lagi.

Teks oleh: Kamaruddin Razal

Artikel Berkaitan