Aktor Sharnaaz Ahmad mengumumkan kembali aktif berlakon selepas setahun meninggalkan dunia seni.

Sharnaaz menerusi akaun Instagram (IG)nya memberitahu sebelum ini dia menyepi kerana mahu memberi jalan kepada pendatang baru yang menceburi bidang lakonan.

Dari pemerhatiannya ramai juga pelakon baharu yang berjaya dan tidak kurang yang hanyut sehingga terbawa-bawa ke dunia nyata.

Sharnaaz menegaskan dia berada di dalam industri ini bukan mahu mengejar pengikut IG sahaja, tetapi kerana seni dan bakat pinjaman yang ada pada dirinya.

Abang ipar kepada Neelofa itu turut berazam tahun 2018, dia bakal bekerja keras dan mahu menyerlah dalam bidang lakonan.

Sharnaaz turut memuat naik fotonya yang sedang menjalani penggambaran.

Selepas satu tahun berehat dari dunia lakonan, lai mari kita mulakan.. dah bagi jalan budak budak baru mekar, Alhamdulillah banyak yg berjaya, banyak jugak yg lupa diri sampai terbawak ke dunia yg nyata.. aku ada dalam industri bukan kerana follower berjuta tetapi kerana seni dan bakat pinjaman.. yg buruk datang dari aku sendiri dan yg baik dari Allah.. 2018 Im back more powerfull and more upgreded termasuk saiz perut .. ill be the champion and i will win an oscar of my self.. keep burning and Always believe in what u do.. all bastard will try to push u down but hey, remember, there is a reason they been called a bastard.. salam and lets rock and roll people!!!!

A post shared by Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad ™ (@sharnaazahmad) on

Rata-rata peminatnya mengucapkan selamat maju jaya buat pelakon itu dan tidak sabar menanti kemunculannya di kaca televisyen.

Foto: Instagram Sharnaaz Ahmad

Teks oleh: Syafiqah Jalal