Tinggal beberapa hari lagi 2017 bakal meninggalkan kita semua.
Sebelum 2018 mengucapkan ‘Hello’ apa kata kita imbas kembali beberapa cerita kontroversi di Korea Selatan.
Sepanjang tahun ini terlalu banyak kejutan dan kontroversi yang melibatkan dunia hiburan di Korea.
Contohnya perkahwinan rahsia, penyalahgunaan dadah, sakit kronik, kemalangan, kematian termasuk bunuh diri.
Di sini Astro Gempak senaraikan beberapa cerita dan kontroversi hangat K-Pop pada tahun 2017:
Jonghyun SHINee Bunuh Diri Kerana Depresi
Berita kematian vokalis utama anggota kumpulan Korea popular SHINee, Jonghyun sememangnya mengejutkan peminat K-Pop di seluruh dunia.
Lebih-lebih lagi apabila kematiannya adalah disebabkan bunuh diri dan perkara itu disahkan oleh kakaknya, Kim So Dam.
Melalui mesej terakhir yang diberikan kepada kakaknya, ternyata Jonghyun mengalami masalah depresi yang teruk sehingga menyebabkan dia nekad membunuh diri pada Isnin lalu (18 Disember).
[[BACA: “SEGALANYA TERLALU SUKAR, TOLONG BENARKAN SAYA PERGI,” – MESEJ TERAKHIR JONGHYUN SEBELUM BUNUH DIRI ]]
[[BACA: RAKAMAN CCTV JONGHYUN SHINee DIDEDAHKAN, KALI TERAKHIR DILIHAT DI KEDAI SERBANEKA]]
Kematiannya juga amat sukar untuk diterima oleh empat anggota lain, Minho, Taemin, Key dan Onew kerana hubungan mereka sudah dianggap seperti adik-beradik.
Beberapa siri foto mereka berempat di upacara persemadian Jonghyun yang dirakamkan oleh media Korea mengundang sebak para peminatnya.
[[BACA: FOTO-FOTO ANGGOTA KUMPULAN SHINee MENANGIS DI UPACARA PERSEMADIAN JONGHYUN UNDANG SEBAK]]
Bagaimanapun, timbul pula kontroversi apabila ada peminat yang terlalu taksub meratapi pemergian Jonghyun.
[[BACA: "SIMPATI BOLEH TAPI JANGAN TAKSUB"- NATIZEN KECAM PEMINAT BERHIJAB BERKUMPUL KENANG JONGHYUN ]]
Kim Joo Hyuk Maut Kemalangan Tragis
Hasrat untuk mengahwini kekasih tidak tercapai apabila pelakon dan juga anggota rancangan Korea popular 2 Days 1 Night, Kim Joo Hyuk maut akibat kemalangan jalan raya pada 30 Oktober lalu.
Lebih menyedihkan lagi, rakan karibnya aktor Jung Joon Young tidak mengetahui berita kematian Joo Hyuk kerana menjalani penggambaran disebuah pulau untuk program ‘Law Of The Jungle’ pada 29 Oktober lalu.
[[BACA: HASRAT KAHWIN HUJUNG TAHUN TAK TERCAPAI, KIM JOO HYUK MAUT DALAM KEMALANGAN TRAGIS ]]
[[BACA: JUNG JOON YOUNG TAK DAPAT DIHUBUNGI, MASIH BELUM TAHU BERITA KEMATIAN KIM JOO HYUK ]]
Siwon Dikecam, Anjing Peliharaan Gigit Jiran Hingga Mati
Baru saja tamat latihan ketenteraan pada 18 Ogos lalu, nama anggota kumpulan Super Junior, Siwon menjadi kontrovesi ekoran anjing peliharaan keluarganya telah mengakibatkan kematian seorang jiran.
Kejadian itu berlaku selepas anjingnya, Bugsy yang tidak diikat tiba-tiba bertindak agresif dengan menggigit kaki jirannya ketika keluar daripada lif kediaman mereka.
Wanita lingkungan usia 50 tahun itu disahkan meninggal dunia akibat jangkitan kuman pada luka tersebut.
Disebabkan kejadian itu juga Siwon telah membuat permohonan maaf secara terbuka dan menarik diri daripada membuat kemunculan semula bersama Super Junior pada awal November lepas.
[[BACA: ANJING PELIHARAAN GIGIT JIRAN HINGGA MENINGGAL DUNIA, SIWON MOHON MAAF ]]
Wedding of The Year Song Joong Ki & Song Hye Kyo
Perkahwinan pelakon popular, Song Joong Ki & Song Hye Kyo sememangnya amat dinantikan oleh peminat mereka sejak pasangan ini digandingkan menerusi drama, Descendants of The Sun.
Peminat pasangan ini turut ‘merestui’ hubungan mereka apabila mewujudkan hashtag #songsongcouple.
[[BACA: SONG JOONGKI & SONG HYE KYO UMUM KAHWIN OKTOBER, HASHTAG #SONGSONGCOUPLE JADI TRENDING DUNIA ]]
Pasangan ini disatukan dalam satu majlis tertutup pada 31 Oktober lalu.
[[BACA: TUJUH PERKARA MENARIK BERLAKU SEPANJANG MAJLIS PERKAHWINAN SONG JOONG KI & SOng HYE KYO ]]
Tertekan Isu Penyalahgunaan Dadah, T.O.P Ditemui Tidak Sedarkan Diri
Anggota kumpulan BIGBANG, T.O.P dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas ditemui tidak sedarkan diri akibat penggunaan ubat yang berlebihan pada 6 Jun lalu.
[[BACA: MENGAKU HISAP GANJA, T.O.P BIGBANG BAKAL DIDAKWA ]]
[[BACA: DITEMUI TIDAK SEDARKAN DIRI, T.O.P KRITIKAL DI ICU ]]
Menurut rakannya, penyanyi rap itu berada dalam keadaan tertekan disebabkan isu penyalahgunaan dadah yang melibatkan dirinya.
[[BACA: DISINGKIRKAN DARIPADA LATIHAN KHIDMAT KETENTERAAN KERANA DADAH, T.O.P MASIH MAMPU TERSENYUM ]]
T.O.P tidak sedarkan diri dan berada dalam keadaan kritikal sebelum kembali sedar selepas tiga hari.
[[BACA: IBU TARIK NAFAS LEGA, T.O.P SEDAR SELEPAS TIGA HARI KRITIKAL ]]
Woo Bin & Yoo Ah In Ada Kanser
Pengumuman mengenai penyakit yang dihidapi oleh dua pelakon Korea Popular, Kim Woo Bin dan Yoo Ah In sememangnya tidak disangka.
Woo Bin disahkan menghidap kanser Nasopharyngeal iaitu sejenis kanser yang berlaku di antara saluran pernafasan dan tekak pada penghujung Mei lalu.
Manakala Yoo Ah In dilaporkan menghidap tumor tulang selepas pemeriksaan kesihatan dilakukan pada 16 Februari lalu.
[[BACA: PEMINAT TERKEJUT, YOO AH IN DISAHKAN MENGHIDAP TUMOR ]]
[[BACA: SAYA AKAN TOLONG WOO BIN JALANI RAWATAN KANSER – SHIN MIN AH ]]
[[BACA: SELESAI JALANI RAWATAN KANSER PERINGKAT PERTAMA, BERAT BADAN WOO BIN TURUN 10 KG]]
Perkahwinan Rahsia Gary, Anggota Running Man Tak Tahu
Pengumuman mengenai berita perkahwinan bekas anggota Running Man, Kang Gary mengejutkan peminat di seluruh dunia.
Gary mengumumkan berita perkahwinan itu menerusi akaun Instagramnya pada 5 April lalu.
Lebih mengejutkan apabila anggota Running Man membuat pengakuan tidak mengetahui mengenai perkahwinan tersebut sehinggalah berita itu menjadi bualan hangat.
[[BACA: KANG GARY BERGELAR SUAMI, SAHKAN TELAH BERKAHWIN SECARA RAHSIA ]]
[[BACA: RUNNING MAN TERKEJUT, TAK TAHU GARY DAH KAHWIN ]]
Manny, Penyanyi K-Pop Pertama Beragama Islam
Anggota kumpulan K-pop, Varsity, Manny menjadi viral selepas mendedahkan dirinya tidak boleh menjamah makanan sembarangan kerana dia merupakan seorang muslim.
Menurut Manny dia harus peka dengan pemilihan makanan dan 11 anggota kumpulannya juga turut menghormati perkara tersebut.
Selain itu Manny juga menyapa peminatnya menerusi akaun Twitter rasmi kumpulan tersebut pada 11 Februari lalu dengan kapsyen “Assalamualaikum,”.
[[BACA: MANNY TAK BOLEH MAKAN DAGING BABI KERANA DIA MUSLIM - VARSITY ]]
Running Man Tambah Dua Anggota Baru
Hujung tahun lalu program variasi popular Running Man hampir ditamatkan selepas Kim Jong Kook dan Song Ji Hyo dikatakan dipaksa meninggalkan program berkenaan tanpa persetujuan mereka.
Bagaimanapun Saluran SBS memberitahu Running Man tetap diteruskan kerana permintaan peminat di seluruh dunia.
Running Man juga turut menambah dua anggota baru iaitu pelawak Yang Se Chan dan pelakon Jeon So Min.
[[BACA: RUNNING MAN TIDAK DITAMATKAN, AHLI LAMA DIKEKALKAN ]]
[[BACA: SBS DEDAH KIM JONG KOOK PUNCA RUNNING MAN DITERUSKAN ]]
Mya Amri
Mon Dec 25 2017
Viral Di TikTok, Hazrat Muaz Disambar Jadi Pelakon & Pengacara! - "Mulanya Saya Buat Suka-Suka Je"
Hazrat Muaz terima tawaran berlakon dan mengacara.
Nadeera Lantunkan Lagu 'Udara', OST Drama Bersiri Framed Lakonan Meerqeen & Mimi Lana
Juara Big Stage musim kelima, Nadeera Zaini tampil dengan single terbaharu berjudul Udara yang menjadi runut bunyi drama bersiri Framed, lakonan hebat Meerqeen dan Mimi Lana.
“Kalau Ada Jodoh Dengan Zul Ariffin Ada, Kalau Tiada Maka Tidak Ada” - Gayatri
Penerbit filem terkemuka tanah air, Gayatri Su-Lin Pillai masih tidak mengesahkan khabar angin bahawa dia adalah wanita yang disebut-sebut bakal menjadi isteri aktor popular, Zul Ariffin. Ketika ditemui Gempak, Gayatri masih merahsiakan status sebenar hubungannya bersama Zul. Menurut Gayatri, dirinya lebih selesa untuk berdiam diri dan berpegan
Tak Sangka Jadi Viral Hiburkan Geng Traffic Jammed, Aishah Terkejut - “Siap Ada Yang Pusing Balik Nak Tengok”
Siap ada yang pusing balik tau.
Datuk Red Mengaku Gagal Jadi Suami Yang Baik – “Orang Tengok Mungkin Senang Untuk Kahwin Dua Tapi Sebenarnya..”
Usahawan, Datuk Seri Adnan atau lebih dikenali sebagai Datuk Red akui telah gagal untuk menjadi seorang suami yang baik kepada isteri-isterinya.
Bella Astillah Dedah Sebab Kenapa Dia Ikuti Sarah Yasmine Di Instagram
Pelakon Bella Astillah tidak terkejut dengan pendedahan yang dibuat oleh wanita bernama Sarah Yasmine mengenai skandal yang terjalin bersama suaminya tempoh hari. Ujar Bella, wanita itu merupakan salah seorang individu dalam senarai 11 wanita yang pernah menjalinkan hubungan dengan Aliff. “Jujurnya saya tidak terkejut sebab nama dia ada dalam sen
Video Wanita Free Hair Dikucup Lelaki Didakwa Mirip Rossa Sera, Ini Penjelasan Tuan Badan! - “Itu Semua ..."
Bekas isteri pelawak Shuk Sahar, Rossa Sera baru-baru ini tular di media sosial selepas satu video wanita mirip seakan-akan wajahnya dilihat mesra dengan seorang lelaki. Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh akaun Instagram @rs92.jr, wanita itu dilihat tidak mengenakan hijab dan hanya memakai topi. Apa yang lebih menarik perhatian adalah a
Restoran Singapura Cari Penebar Roti Canai, Tawar Gaji RM5,000!
Percaya atau tidak, pekerjaan menebar roti jala mampu menjana pendapatan yang sangat lumayan… cuma anda perlu bekerja di restoran di Singapura!
Wanita Didakwa Kurung Suami Dalam Rumah 5 Jam Gara-Gara Tak Mahu Ikut Ke Kenduri, Amuk Baling Lesung Batu?
Seorang wanita didakwa telah bertindak mengunci suaminya di dalam rumah selama 5 jam gara-gara suaminya itu tidak mahu ikut serta ke kenduri.
Sambut Aidilfitri Demi Keluarga, Kaka Azraff Akui Terkesan Pemergian Ibu & Kakak - “Kita Yang Bersedih Kenapa Mereka Perlu Terkesan?”
Aidilfitri 2024 merupakan sambutan Hari Raya paling hiba buat penyanyi, Kaka Azraff apabila dirinya terpaksa menyambut lebaran tanpa dua insan tersayang iaitu ibu dan kakaknya. Berkongsi pengalaman tentang perayaan tanpa dua individu penting dalam hidup, Kaka atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff, 35, mengakui sangat terkesan dengan pemergia