Penyanyi Indah Ruhaila mengesahkan dirinya bakal menamatkan zaman bujang pada 24 Disember ini.

BACA: Indah Nikah 24 Disember?

Indah menyampaikan berita ini menerusi sebuah kenyataan yang dihantar kepada pihak media.

"Saya Indah Ruhaila, ingin mengumumkan bahawa saya akan melangsungkan pernikahan pada 24 Disember ini.

"Terlebih dahulu, saya dengan rendah hati ingin memohon maaf dan menyusun sepuluh jari kerana tidak dapat menjemput rakan-rakan media saya cukup saya sayangi kerana majlis ini diadakan secara sederhana dan dihadiri oleh keluarga terdekat serta sahabat rapat sahaja.

"Saya ingin menjelaskan, bukan niat saya untuk merahsiakan tentang pernikahan ini tetapi demi menghormati permintaan keluarga kedua-dua belah pihak.

"Saya juga akan memberi kenyataan rasmi berserta gambar sejurus selepas majlis berlangsung.

Sekali lagi, saya memohon maaf tulus dari hati.

"How I wish, I can share my happiest moment in life with all of you. Terima kasih kerana terus membantu karier saya selama ini. Doakan yang terbaik untuk saya. Insya-Allah dan terima kasih," tulis Indah.

Bagaimanapun, Indah tidak mengesahkan tempat dan masa majlis pernikahan bakal berlangsung.

Indah juga tidak mendedahkan siapakah gerangan bakal suaminya.

Sebelum ini, Indah didakwa sedang menjalin hubungan cinta dengan seorang jejaka yang dikenali dengan nama Shariff Taufik.

BACA: Siapa Ucap Tahniah Tu Indah Ruhaila? Kekasih Ke? Sweetnya...