Pelawak Achey nekad meneruskan perjuangan dalam Superspontan Superstar (SS Superstar) kerana ayahnya.

Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah, 30, berkata, sebelum ayahnya kemalangan dan dimasukkan ke wad icu.

"Sebelum ayah kemalangan, dia ada beritahu teringin melihat saya di pentas akhir SS Superstar.

"Saya masih terkejut sehingga hari ini selepas dia ditimpa kemalangan, saya mahu tarik diri tetapi ayah tidak benarkan.

"Malam ini saya akan cuba buat yang terbaik, demi ayah saya.

"Ayah saya masih di ICU tetapi keadaannya semakin stabil," katanya ketika dihubungi Astro Gempak.

Dalam pada itu Acyen yang juga ahli kumpulan Bochey menganggap kemenangan dan kekalahan sebagai adat pertandingan.

"Kali ini rasa lain macam sikit kerana nama sudah diumumkan terkeluar tetapi Fad telah selamatkan saya dengan imuniti sekaligus melayakan diri saya untuk ke peringkat akhir SS Superstar.

"Insya Allah dengan adanya diri ini di final saya akan melakukan dengan lebih baik daripada sebelum ini," katanya kepada Astro Gempak.

Tambahnya lagi, imuniti yang diberikan oleh Fad itu adalah diatas dasar persahabatan yang terjalin oleh mereka yang merupakan ahli anggota kumpulan Bocey.

"Saya rasa benda itu jatuh kepada persahabatan kami bertiga didalam bocey kerana saya melihat abam memaksa supaya fad menyerah imuniti itu kepada saya.

"Persahabatan itu memenuhi peratusan untuk dia memberi imuniti ini kepada saya," katanya.

Ditanya mengenai persediaan untuk menghadapi pusingan akhir SS Superstar, Achey berkata, dia perlu menyiapkan diri dari segi fizikal dan juga mental agar dapat fokus serta melakukan yang terbaik.

"Sebenarnya super spontan itu tidak perlu persediaan dari segi pemikiran tentang apa yang saya perlu lakukan kerana ia lebih kepada persediaan dari segi mental dan kesihatan kerana saya memerlukan stamina.

"Bila kita ada semua itu kita boleh bermain game tersebut dengan baik," jelasnya .

SS Superstar akhir bakal bersiaran secara langsung dari Dewan Percubaan Universiti Putra Malaysia (UPM) pada Jumaat ini bermula jam 10 malam dan ditayangkan serentak menerusi Astro Warna (saluran 132) dan Mustika HD (saluran 134).

Jangan lepaskan peluang untuk tonton #SuperSpontanSuperstar Akhir 2016. Jom dapatkan tiket anda sekarang berharga RM 45.00 di www.ticketpro.com.my.

SS Superstar dihoskan oleh Datuk AC Mizal dan Amir Raja Lawak pula bertindak sebagai ‘pengacau’ atau ‘batu api’.