Kelantangan Azwan Ali dalam berhujah tentang sesuatu perkara memang tidak dapat disangkal lagi.
Terbaharu, pengacara yang terkenal dengan gelaran Diva AA ini dilihat memberi nasihat kepada pelakon muda, Fathia Latiff yang dianggap masih ‘hijau’ dan belum sampai ke tahap yang ‘layak’ untuk dia menyuarakan pendapat.
Menurut Azwan, tidak salah untuk seorang selebriti itu melontarkan kata-kata pendapat mahupun bersuara, namun biarlah berpada-pada.
“Dia (Fathia) siapa? Siapa pelakon Malaysia yang hebat? (Contohnya) Erra Fazira lah. Ini Erra Fazira yang primadona itu pun diam saja.
“Saya bukan dengki dengan dia tapi bukan masa dia nak bercakap, dia budak baru sangat. Ke dia nak cari populariti?,” katanya dipetik mStar Online.
Dalam pada itu, Azwan sempat juga menasihati Fathia yang disifatkan ‘masih hingusan’ itu agar lebih menumpukan fokus terhadap kerjaya lakonan berbanding ‘menyalak’ berkaitan politik.
“Itulah kau dik, bak kata Dira pergi belajar berlakon kan? Kau sibuk nak perjuangkan politik. Lepas itu kau meroyan bising dapat peluru. Pergi buat Bigo Live lah bahagian dua,” sindir Azwan.
Azwan berkata demikian bagi menyindir kenyataan Fathia sebelum ini mendakwa ada individu tidak dikenali bertindak membaling rantai dan mengugut untuk mencederakan dirinya tanpa sebarang sebab yang pasti.
Terdahulu, Exco Puteri UMNO dan pelakon, Dira Abu Zahar turut menyelar Fathia dalam ucapannya sewaktu Perhimpunan Agung UMNO ke-71 yang berlangsung di PWTC, pada Rabu minggu lalu.
Sumber: mStar
Amri Hassan
Wed Dec 13 2017
“Ada Wajah Kita Tak Mahu Berpisah, Tapi Terpaksa Melepaskannya” - Datuk Red
Datuk Red luah perasaan di TikTok.
GMW Giveaway: Konsert Memori Berkasih Siti Nordiana 25 Tahun
GMW Giveaway: Konsert Only Jiwang Jiwang Club
Keanu Azman, Noryn Aziz & Hariz Hamdan Sertai Kemeriahan 'Hello NU Sentral' 27 April Ini!
Kemeriahan Hello NU Sentral akan dimeriahkan dengan kehadiran barisan selebriti tempatan antaranya penyanyi OST Khunsa, Noryn Aziz dan bintang baharu yang sedang menyinar, Hariz Hamdan.
Wani Kayrie Simpati Dengan Nasib Bella Astillah, Enggan Campur Urusan Rumah Tangga Sepupu Sendiri
Dek kerana kemelut rumah tangga yang berpanjangan, isu hubungan pasangan selebriti, Aliff Aziz dan Bella Astillah telah meraih perhatian ramai pihak. Memberi pandangan berhubung permasalahan tersebut, penyanyi Wani Kayrie yang juga ahli keluarga kepada Bella Astillah hanya mampu meluahkan rasa simpati terhadap apa yang berlaku terhadap saudaranya
Ibu Zaki Yamani Terkejut Nama Dipetik Dalam Perbualan WhatsApp Viral - “Tak Pernah Berbual Langsung Hal Mereka”
Ibu Zaki harap tak dikaitkan dengan isu itu.
Tom Takut Disaman, Padam Perkongsian Mengenai Sarah Yasmine - “Mana Nak Cekau Nak Bagi Kat Awak 100K, 300K”
Tom padam perkongsian mengenai Sarah Yasmine.
Ruhainies Mohon Maaf Kepada Bella Astillah, Luah Hasrat Untuk Bertemu - “Saya Mahu Mengajak Sarah Yasmine Juga…”
Semoga dapat selesai dengan baik.
#TRAVELMANA: Istana Gyeongbokgung Korea Akan Dibuka Untuk Lawatan Malam Mulai Mei Ini
Istana Gyeongbokgung, istana utama Dinasti Joseon yang didirikan pada tahun 1935 di Seoul, Korea Selatan, kembali dibuka untuk lawatan malam mulai 8 Mei hingga 2 Jun 2024.
Netizen Korek Gambar Lama Ruhainies Makan Bersuap Dalam Ferrari, Netizen: “Macam Mana Boleh Downgrade…”
Nama Ruhainies kembali menjadi bualan netizen gara-gara tangkap layar perbualan menerusi Whatsapp yang didakwa merupakan perbualannya bersama Aliff Aziz viral di media sosial.