Penyanyi antarabangsa, Rihanna dilaporkan sudah bertunang dengan kekasihnya yang juga jutawan berketurunan Arab, Hassan Jameel.

Menurut Hollywood Life, khabar angin itu dikuatkan lagi selepas sebentuk cincin kelihatan tersarung di jari manis Rihanna dalam sekeping foto yang dimuat naik di Instagram (IG)nya baru-baru ini.

Foto tersebut dirakamkan ketika Rihanna meninggalkan Madison Square Garden, New York, sejurus selepas usai menonton persembahan Chris Rock, 7 Disember lalu.

Entri tersebut mendapat pelbagai reaksi pengguna media sosial.

Rata-rata mendakwa cincin berlian yang tersarung dijari Rihanna itu adalah cincin pertunangannya dengan pewaris perniagaan dan syarikat jenama kereta Toyota di Arab Saudi itu.

Bagaimanapun sumber terdekat Rihanna menyangkal dakwaan tersebut.

Menurutnya, Rihanna sengaja memakai cincin tersebut sebagai mesej untuk Hassan agar cepat-cepat melamarnya.

Kisah hubungan Rihanna dan lelaki beragama Islam itu mula menjadi bualan umum selepas kedua-duanya pergi bercuti di sebuah destinasi di Sepanyol sekitar Jun lalu.

Sumber: Hollywood Life