Pelakon Mia Ahmad mengesahkan dia mengalami keguguran ketika sedang bercuti di London bersama suaminya, penjaga gol Johor Darul Takzim (JDT) Izham Tarmizi beberapa hari lalu.

Selepas mendedahkan berita keguguran tersebut, Mia menerusi akaun Instagram (IG)nya menerima banyak kata-kata semangat supaya jangan terlalu bersedih dengan apa yang berlaku.

Dalam masa yang sama, Mia dan suami yang kini sedang berada di London berkongsi beberapa foto mereka keluar bersiar dan menikmati cuti mereka di sana meskipun pelakon itu baru sahaja keguguran.

Bagaimanapun terdapat beberapa peminat dan pengikut IG, yang bimbang akan kesihatan Mia yang baru sahaja keguguran.

Terdapat beberapa peminat yang menasihati Mia supaya tetap berpantang seperti orang baru bersalin selepas mengalami keguguran.




Mia kemudian memuat naik fotonya bersama sepasang suami isteri yang menetap di sana dan memberitahu mereka telah membantunya menyediakan makanan berpantang sepanjang berada di London.

Kakak dgn abg ni pun dah banyak tlg juga. Termasuklah masakkan makanan pantang utk Mia. Thank you Yana dan Naza. Siapa-siapa datang London nak food delivery dgn transportation kat sana can contact @malyana79 ❤️

A post shared by Mia Ahmad (@mia.ahm4d) on


Mia dan Izham, 26, berkahwin pada 13 Januari lalu di Taiping, Perak.

Foto: Instagram Mia Ahmad
Teks oleh: Syafiqah Jalal