Hanya tinggal beberapa jam sahaja lagi sebelum konsert separuh akhir GegarVaganza 4 (GV 4) berlangsung.

Bertemakan ‘Goyang Kaki & Runut Bunyi (OST)’, tujuh bintang GV 4 bakal berentap dengan menyampaikan dua buah lagu tugasan.

Tujuh bintang yang dimaksudkan adalah Hazami, Liza Hanim, Aishah, Syura, Lan Kristal, Tia Jinbara dan Firman Siagian.

Konsert separuh akhir ini dijangka memberikan saingan sengit dengan Lontara vokal hebat daripada tujuh bintang berkenaan.

Sementara itu, menerusi segmen Ada Lagu Ada Lagi minggu lalu, hos GV 4, Jihan Muse dan Nabil Ahmad telah mengumumkan penyingkiran Aqasha selepas berada di kedudukan terakhir.

Astro Gempak senaraikan lagu tugasan untuk minggu ini:

1. Liza Hanim: Kesal / Jagalah Diri (OST filem 29 Februari)

2. Hazami: Getaran / Hello (OST filem Shrek)

3. Aishah: River Deep Mountain High / Keranamu Kekasih (OST filem Gerak Khas The Movie)

4. Tia Jinbara: Hukum Karma / Isabella (OST filem Isabella)

5. Firman Siagian: I Feel Good / Menanti Sebuah Jawaban (OST filem Ungu Violet)

6. Syura: Dokter Cinta / Cinta Antara Benua (OST filem Cinta Antara Benua)

7. Lan: Kalis Rindu / Ukiran Jiwa (OST filem Sembilu 2)



GV 4 bersiaran secara langsung dari Dewan Sri Putra Bukit Jalil, setiap Ahad jam 9 malam.

Saksikan juga Kapsul Gegar Vaganza yang bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat jam 10.55 malam.

Dapatkan perkembangan terkini tentang GV 4 hanya di laman sosial rasmi Instagram @gegarvaganzaofficial atau Facebook Astro Gempak atau di laman web www.gegarvaganza.com.my.

Sementara itu, dapatkan tiket akhir GV4 secara online di www.ticketpro.com.my. Untuk sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi Ticketpro Hotline di 03-7880 7999.